Berita Auto

VW Beetle 1.2L TSI Mencipta Keselesaan Kabin

Rekaan model Beetle 1.21 TSI didatangkan dengan sistem radio ‘RCD 310’ dengan pemain CD, Bluetooth, kabel USB adapter dan 8 pembesar suara. Manakala model Beetle 1.21 TSI Sport dilengkapi dengan sistem radio skrin sesentuh ‘RCD 510’ dengan 6 CD changer, kabel USB adapter, SD-slot kad, Bluetooth dan 8 pembesar suara, kerusi sporti kulit jenama ‘Vienna’, sokongan lumbar, sistem penghawa dingin ‘Climatronic’ dengan kawalan suhu 2-zon bersama dandang anjakan dan pengawal luncur.

Versi terbaru Volkswagen Beetle mungkin dilengkapi dengan ciri-ciri baru dan menarik bagi luaran dan dalaman tetapi kabinnya kekal sebagai ruang hebat apabila berada dalam kesesakkan lalu lintas atau meluncur di lebuh raya. Dalam kesesakkan lalu lintas di Bandar, fungsi kawalan berbukit menambahkan keselesaan pemanduan, secara automatic mengawal kereta semasa berhenti seketika semasa trafik dan juga ketika di cerun.

Volkswagen-Beetle_4

Kerusi dalam kereta Beetle besar dan untuk masuk ke tempat duduk belakang sangat mudah terimakasih kepada sliding tempat duduk depan pintu depan yang panjang. Selain itu, ciri-ciri lain disediakan seperti letak lengan yang boleh dilaraskan ketinggiannya yang memisahkan 2 kerusi depan : ianya diposisikan dengan baik agar tidak menganggu penggunaan brek tangan.

Penumpang tempat duduk belakang akan dapat merasakan keselesaan yang lebih baik dari kereta Beetle yang lama, dengan ruang yang lebar. Juga penumpang dapat merehatkan kepala pada penyandar kepala tanpa menyentuh lapik kepala. Dan walaupun tingkap belakang tirus, kabin bagi ruang belakang kini lebih luas dan lebi baik rekaannya.

Rekaan baru Beetle 1.21TSI berharga RM131,888 dan RM142,888 untuk edisi 1.21 TSI Sport.

Volkswagen-Beetle_8

Untuk maklumat lanjut tentang model terbaru Beetle boleh layari www.volkswagen.com.my

Previous post

Mercedes Benz GLA 45 AMG Edisi 1 @ RM378,888

Next post

Pengeluaran Lotus Exige S Mencapai 1,000 Unit.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *