BMW 3-Silinder Menang Anugerah Ward’s 10 Enjin Terbaik
Rekaan BMW dan enjin B38 3-silinder yang dibina baru saja memenangi anugerah Wards 10 Enjin Terbaik dari WardsAuto World. Upacara menyerahkan trofi akan diadakan pada 14 Januari, dalam satu majlis di North American International Auto Show di Detroit.
“Selain dari alami keseronokan memandu, enjin MINI’s 1.5l 3-silinder membolehkan setiap penyunying WardsAuto untuk mencapai kelajuan sekurang-kurangnya 30 mpg (7.8L/100km),” kata Tom Murphy, Penyunting Eksekutif, majalah digital WardsAuto.
“Kata penyunting kami, mereka tidak boleh bayangkan membeli kereta MINI tanpa enjin yang lain. Pernah satu masa, pembeli membeli kereta berenjin dibawah kuasa 3-silinder kerana keperluan ekonomi. MINI membuktikan enjin asas boleh menjual sesebuah kereta.”
Sudah tentu, enjin tersebut juga boleh didapati pada kereta lain seperti BMW2-siri Acrive Tourer baharu dan terbaru BMW 218i Coupe. Anugerah yang diterima adalah yang paling berprestij dalam industri, yang telah berlangsung hampir 21 tahun, yang mengiktiraf teknologi rangkaian kuasa yang mampu dimilikki pengguna. Sudah tentunya, terdapat karekteristik lain seperti memberikan secukupnya kuasa kuda dan tork, kecekapan, bunyi dan keupayaannya bagi setiap kereta yang menggunakannya.
No Comment