Konsep / Lakaran / Intipan

Aston Martin Perkenalkan DB10 Untuk Spectre Filem Terbaru Bond

Aston Martin bersama EON Productions, penerbit filem, franchise James Bond, mendedahkan kereta baru Bond yang hebat, Aston Martin  DB10, di studio stage Pinewood Studios.

Jenama mewah kereta sport British ini dengan sukacita mengesahkan bahawa James Bond sekali lagi akan memandu kereta Aston Martin dalam Spectre. Ia adalah model yang dibangunkan khas untuk filem ini dan dibina sendiri oleh pereka jenama dan tim jurutera.  Diketuai oleh CCO Aston Martin, Marek Reichman, pasukan pereka bekerja rapat dengan pengarah filem, Sam Mendes, untuk mencipta sebuah kereta paling maju untuk perisik paling terkenal di dunia.

aston-martin-DB10a

Sebagai menyambut jenama hebat British ini hampir setengah abad dengan Bond, yang bermula dengan kereta ikonik DB5, model DB10 memberikan gambaran arah rekaan masa depan untuk generasi baru Asto Martin.  Dr. Andy Palmer, CEO Aston Martin berkata: “Dalam tahun yang sama kami meraikan kolaborasi 50 tahun dengan 007, maka tepat sekali hari ini kami memperkenalkan kereta sport baru yang hebat ini yang dicipta khas untuk James Bond.

“Dapat bekerjsama sekali lagi dengan EON Productions adalah satu berita gembira untuk syarikat ini dan untuk semua di seluruh dunia yang suka untuk melihat Bond memandu Aston Martin.

aston-martin-original

(gambar di atas adalah kereta klasik Bond)

“Saya sangat bangga dengan semua pasukan yang terlibat di Gaydon yang telah menjadikan projek khas ini dari konsep kepada realiti.”

Produksi akan menghadkan hanya 10 kereta sport bespoke, dibangunkan dan dibina oleh pereka, jurutera dan pereka kraf yang berkemahiran tinggi di ibu pejabat Aston Martin, di Gaydon.  Spectre dijadualkan untuk tayangan umum pada 6 November 2015.

Previous post

Tim Proton R3 Rally Menang Rally Perlis Dalam Kelas 2WD

Next post

Maserati Bina Kereta Yang Ke 50,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *