Audi Membajetkan USD29 Bilion Untuk Dominasi Global
Audi akan membelanjakan USD29 bilion untuk membangunkan teknologi dan mengembangkan produksi, meningkatkan rancangan pelaburan 5 tahun mereka sebanyak USD2.44 bilion untuk mendahului BMW untuk tempat teratas dalam penjualan kereta-mewah.
Lebuh kurang 70% dari total telah disediakan untuk model baru seperti Q1 subkompak SUV dan A4 yang baharu. Audi menjangkakan rekod penjualan auto lebih 1.7 bilion bagi tahun ini. Audi bercadang untuk meningkatkan rangkaiannya kepada 60 model atau varian daripada 50 hingga tahun 2020. Audi, jenama no. 2 secara global dalam penjualan kereta-mewah, bermatlamat untuk mendahului BMW dalam penghantaran pada akhir dekad ini. Persaingan semakin rapat tahun ini. Penjualan BMW melebehi Audi hanya 42,600 kereta pada 11 bulan pertama bagi tahun 2014 berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu sejumlah 54,600 buah kereta.
No Comment