Honda Jazz menang ‘Women’s World Car of The Year’
Penulis automotif wanita dari 15 negara, termasuk 9 penulis dari Eropah baru saja menganugerahkan Honda Jazz baru, ‘Women’s World Car of The Year’
Anugerah itu mempertimbangkan 10 kriteria berbeza termasuk rekaan dan fungsi, gaya dan penampilan, keselesaan, muatan, dan kualiti pemanduan. Selain itu, khusus untuk anugerah ini, elemen lain juga dipertimbangkan oleh panel juri termasuk faktor ‘wow’, penampilan dan nilai untuk duit; fator yang semua juri merasakan penting untuk pembeli kereta wanita. Kini setelah 5 tahun, anugerah ini yang dianjurkan oleh majalah Woman’s World New Zealand, mengiktiraf kereta terbaik dalam enam kategori termasuk kereta keluarga terbaik, kereta sport, kereta mewah, SUV, kereta hijau dan kereta bajet.
Tahun ini, hadiah keseluruhan telah dianugerahkan kepada Honda Jazz baru. Model baru itu yang bari saja dilancarkan telah dijual dengan enjin petrol i-VTEC atau Honda Super efisyen hybrid teknologi IMA.
Sandy Myhre, CEO dan pengasas Woman’s World Car of The Year menjelaskan: “Honda boleh berbangga dengan kejayaan ini. Adalah sangat sukar bagi sebarang kereta untuk dipilih dalam senarai kami, penulis automatif wanita sangat arif dan untuk menang kategori adalah satu pencapaian yang hebat.”
No Comment