Kenderaan Pacuan 4×4 Dalam Situasi Banjir. Jangan Terlebih Jangkaan Keupayaannya.
Adakah kenderaan pacuan 4 roda (4×4) lebih selamat dari pacuan 2 roda? Tidak. Pacuan 4 roda bukanlah bercirikan keutamaan keselamatan. Kenderaan pacuan 4 roda diperlukan untuk daya tarikan yang lebih bagus – bermakna kereta mampu bergerak disepanjang keadaan jalan bermasalah. Ia boleh menjadikan kereta nada bergerak laju, bukan selamat. Kereta pacuan 4 roda membolehkan anda:
- Pecut lebih laju di jalan licin
- Keluar dari situasi berlumpur
- Memandu off road (keupayaan bergantung kepada kenderaan)
Kereta pacuan 4 roda tidak membolehkan anda:
- Mengurangkan laju dengan lebih baik.
- Memandu laju diselekoh yang licin (kita bukan bercakap tentang perlumbaan atau gaya rali drifting)
Apabila membrek dan membelok, inersia yang sama, atau daya empar digunakan pada kenderaan, tidak kira samada ianya kenderaan pacuan 4 roda atau 2 roda. Peningkatan pecutan tidak bermakna membrek yang pantas. Lagipun, kenderaan dengan sistem 4 pacuan roda part-time boleh menjadi bahaya apabila memandu dalam mod 4 pacuan roda. Kenderaan akan understeer teruk (meluncur keluar dari selekoh) dan ini boleh membawa kepada kemalangan sekirannya pemandu panik. Kenderaan 4 pacuan roda part-time adalah untuk pemanduan off road sahaja. Apabila berada di jalan, anda perlu menukar semula kepada pemanduan 2 pacuan roda. Dalam keadaan basah, berlumpur dan banjir, tayar yang bagus untuk off road adalah lebih penting dari kenderaan pacuan 4 roda. Ini kerana ia tidak dapat membantu anda untuk berhenti atau membelok kereta anda dalam keadaan banjir atau berlumpur. Jangan lebih jangkaan pada keupayaan kereta pacuan 4 roda anda. Berhati-hati dijalan pada musim hujan untuk minggu yang mendatang.
No Comment