Gaya Hidup / Lifestyle

Kereta Diesel, Mengapa Ianya Semakin Popular

Jika diimbau 15 hingga 20 tahun dahulu, kenderaan yang dikuasakan oleh enjin diesel hanya kenderaan komersial atau jenama mewah yang besar.  Kini, kereta kecil pun ada pilihan untuk menggunakan enjin diesel.

Pengguna minat pada kenderaan ini atas sebab beberapa perkara. Penggunaan bahan api yang rendah memang telah lama menjadi kekuatan kepada diesel, terutamanya pada model SUV yang besar di mana perbezaan penggunaan enjin diesel dan petrol jauh lebih hebat.  Harga belian antara varian petrol dan diesel sudah tidak jauh bezanya, da nada jenama yang beza harga hanya kurang dari RM15,000.

Jika anda membeli kenderaan diesel kerana untuk penjimatan kos, anda perlu mempertimbangkan beberapa faktor.  Perbatuan – berapa jauh perjalanan – boleh memberi kesan besar pada dasarnya.  Jika anda memandu kurang dari purata 15,000km setahun – katakalah setengah dari itu, 7500km – dalam masa 5 tahun ianya bersamaan RM1500 lebih teruk dari penggunaan enjin petrol.

bmw-x6-6

Dan mungkin juga kos ‘tersembunyi’, terutamanya jika anda hanya memandu pada jarak pendek.

Berapa jauh anda memandu boleh memberikan kesan yang besar pada cara enjin diesel anda berfungsi. Jika kenderaan anda yang dikuasakan oleh enjin diesel mematuhi pada standard emisi Euro 5, maka ia mungkin akan mempunyai penapis zarah dibina ke dalam sistem ekzos. Kerjanya adalah untuk menangkap dan menyimpan zarah hitam, seperti yang anda pernah lihat luahan yang keluar dari trak lama, dan kereta diesel yang awal.  Pada masa yang telah ditentukan apabila anda memandu, penapis zarah ini akan panas dan membakar zarah hitam yang keluar banyak ini.

Tetapi sekiranya pemanduan harian anda hanya dalam lingkungan 18-25km, ianya mungkin tidak cukup untuk penapis zarah ini untuk melakukan kerjanya, kerana ianya memerlukan haba untuk bekerja dengan cekap.  Rujuk buku pemilik dan akan ada proses yang dijelaskan tentang bagaimana kenderaan itu sendiri boleh membersihkan unit itu.  Sekiranya tidak berjaya juga, maka bawalah kereta untuk dibaiki dan menyediakan kos penyelenggaraan.  Jika penapis zarah tidak boleh dibaiki, kos alat ganti boleh jadi lebih mahal dan jenis kerosakan ini tidak dilindungi dibawah waranti.

Ianya bukanlah masalah yang sering berlaku, tetapi ia perlu diberi tumpuan untuk melihat samada gaya pemanduan anda bersesuaian dengan pemanduan enjin diesel.

Tip kami –Jika anda hanya memandu pada jarak dekat, masuk ke lebuhraya dan memandu laju sambil kekalkan had laju sekurang-kurangnya 20 minit. Ini akan membenarkan proses membersih sendiri dapat dijalankan.

audi-a4-b8-4

 

Previous post

Ford Focus RS Bakal Muncul Pada 2016

Next post

Audi perkenalkan model RS5 Coupe ‘Edisi Sport’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *