Maybach S-Class, Harga Bermula Dari USD166,700
Mercedes-Benz Germany telah menetapkan harga model super mewah, Maybach S-Class sedan pada 134,100 euros (USD166,700 sebelum cukai tempatan), termasuk tambahan-nilai cukai, dan telah mula menerima tempahan pada model yang bakal menjadi saingan pada Bentley dan Rolls-Royce. Model Maybach ini lebih panjang dari standard S class, akan sampai di bilik pameran dalam bulan Februari 2015. Rangkaian utama model ini adalah Mercedes-Maybach S 600. Enjin V1`2 biturbo menghasilkan ouput 390kW (530hp). Dengan anjakan 5980 cc, tork maksimum 830 Nm boleh didapati daripada 1900 rpm. Enjin V8 biturbo dalam Mercedes-Maybach S500 menghasilkan output sebanyak 335kW (455hp) kepada anjakan 4663 cc. Tork puncak adalah 700Nm. Kombinasi penggunaan bahan api NEDC untuk model saloon hanya 8.9 liter/100km (premium petrol). Emisi CO2 adalah 207 g/km. Mercedes-Maybach S500 4MATIC juga boleh didapati bermula dari bulan Jun 2015.
Dalam Mercedes-Maybach S-Class, tahap kebisingan sangat rendah dan bahagian belakang, walaupun dengan tingkap yang besar, lebih bagus dari kereta paling senyap di dunia iaitu S-Class Coupe. Bagi penumpang di belakang, Mercedes-Maybach S-Class adalah kereta saloon paling senyap di dunia yang pernah dikeluarkan.
Dari segi rekaan luaran, Mercedes-Maybach S-Class menggabungkan gaya, keunggulan yang tiada tandingan dengan menetapkan trend yang eksklusif. Kenderaan ini menghidupkan satu kemodenan dan kemewahan dengan cara yang luar biasa. Dengan jarak roda yang diperluaskan, rangkaian ini menunjukkan kuasa dan dinamik. Dengan rekaan dinding sisi khas, elemen ciri-ciri rekaan untuk S-Class dikekalkan seperti bumbung berbentuk kubah.
Ciri-ciri utama yang membezakan adalah sisi baru: perbandingan dengan versi panjang jarak roda daripada S-Class, pintu belakang yang menarik telah dipendekkan sebanyak 66 mm dan memberikan penampilan yang sekata dengan komposisi keseluruhan. Pintunya tiada tingkap yang bersegi tiga kerana ia telah dipindahkan pada C-pillar. Hasilnya, tempat duduk belakang diletakkan belakang pada hujung pintu yang memberikan satu perasaan privasi dan eksklusif. Logo Maybach Manufaktur yang elegan – double M yang diletakkan dalam gerbang segitiga- menghiasi C-pillars pada kedua-dua bahagian.
Rekaan dalaman Mercedes-Maybach S-Class, penumpang akan dapat merasai suasana lounge dan kemewahan moden. Dengan senibina yang jelas, penggunaan bahan yang bagus dan kawalan gaya, kenderaan ini memperlihatkan satu gaya elegan. Bagi penampilan eksklusif, tempat letak lengan di tengah depan diperbuat dari kulit nappa atau upholsteri kulit nappa yang eksklusif menampilkan ukiran timbul crest Maybach. Ciri-ciri khas lain adalah dashboard dengan jam analog, rekaan IWC.
Kualiti tinggi Mercedes-Maybach S-Class adalah sangat hebat hingga dari pintunya, dimana sisi pintunya dijahit tangan sebagai satu peralatan standard. Keunggulan ini adalah sebahagian dari kemewahan rekaan dalaman, dengan karektor ‘Manufaktur’. Ciri-ciri eksklusif yang digunakan dalam model ini adalah bahagian trim kayu/krom dan bahan kulit pada ketinggian bahu pada panel pintu, gril krom dan kabel fiber optik untuk suasana cahaya pada bahagian letak lengan. Kesemua ini menghasilkan suasana unik dengan gaya yang luas.
Daimler sebagai sebahagian dari keluarga Mercedes akan menghidupkan jenama Maybach yang mewah untuk menarik pelanggan yang ultra-kaya di mana CEO Dieter Zetsche cuba mendapatkan Mercedes untuk memotong BMW dan Audi dalam penjualan kereta mewah global pada akhir dekad ini. Satu percubaan pada tahun 2002 untuk mengembalikan era 1930-an jenama Maybach jenama sebagai jenama yang boleh berdiri sendiri telah dihentikan sedekad kemudian selepas kereta itu gagal untuk menarik pembeli.
Mercedes ketinggalan ke belakang BMW Group dalam penghantara kereta premium dalam tahun 2015, dan Volkswagen Group unit Audi telah menjual laris Mercedes sejak tahun 2011. Mercedes menggunakan Maybach untuk target pembeli Rolls-Royce dari BMW dan Bently dari Volkswagen.
No Comment