PROTON Panggil Semula Beberapa EXORA BOLD CFE MPV Terpilih
PROTON Holdings Berhad (PROTON) baru saja umumkan Khidmat Pemeriksaan Percuma untuk kereta Proton Exora Bold CFE yang dikeluarkan antara bulan Oktober 2011 hingga April 2014 kerana kemungkinan kebocoran dalam penyambungradiator. CEO PROTON, Dato’ Abdul Harith Abdullah berkata, “Sebagai tindakan keatasmaklum balas daripada pelanggan kami berkenaan dengan isu sambungan radiator Proton Exora Bold CFE, pihak pengurusan PROTON telah mengambil langkah berjaga2 untuk memberikan pemeriksaan percuma kepada pemilik kereta Proton Exora Bold CFE, keluaran bula Oktober 2011 hingga April 2014, sebagai satu perkhidmatan untuk membantu para pelanggan kami.”
“Perkhidmatan Pemeriksaan Percuma khasnya untuk pemilik Proton Exora Bold CFE adalah satu contoh komitmen kami untuk keselamatan para pelanggan kami dan keupayaan kenderaan kami dibawah Program Jaminan Kualiti PROTON. Dalam perkembangan ini, PROTON belum menerima pemberitahuan tentang sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian yang berkaitan dengan isu ini”
“Kami berharap pelanggan kami memahami bahawa latihan ini adalah perlu untuk memastikan keyakinan mereka yang berterusan dalam keselamatan dan prestasi kenderaan mereka, “ tambahnya lagi.
Latihan ini yang merupakan sebahagian dari Program Jaminan Kualiti PROTON, akan melibatkan lebih kurang 40,000 pemilik kereta Proton Exora Bold CFE seluruh Negara.
Pemilik kereta Proton Exora Bold CFE yang tarikh keluarannya bersamaan dengan tarikh seperti yang dinyatakan di atas, diminta menghubungi mana2 pusat servis Proton yang sah untuk membuat temujanji bagi pemeriksaan percuma. Semua kos buruh dan barangan berkenaan dengan isu tersebut akan ditanggung oleh semua pusat servis kami yang sah di seluruh Negara.
Pelanggan adalah dinasihatkan untuk menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami 1800 888 398 atau e-mel ke alamat customercare@proton.com untuk sebarang pertanyaan dan bantuan. Sebagai sebahagian daripada latihan tersebut, PROTON akan menghantar surat untuk memberitahu pelanggan mengenai perkara itu. Setakat ini, PROTON ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami di atas sokongan dan kesabaran mereka untuk PROTON membantu dalam perkara ini.
No Comment