Pusat Cawangan-Pengedar 3S Perodua ‘Hibrid’ Pertama Dibuka
Perodua meresmikan pusat 3S ‘Hibrid’ (jualan, perkhidmatan dan alat ganti) di Rawang hari ini dalam usaha mereka mengukuhkan rangkaian jualan dan perkhidmatan di Lembah Kelang. Pusat 3S ‘Hibrid’ adalah gabungan Medan Prisma Sdn Bhd, salah satu pengedar pertama Perodua – yang menguruskan operasi jualan di bilik pameran, sementara Perodua menguruskan operasi perkhidmatan dan alat ganti. Semua di bawah satu bumbung.
“Pusat 3S Hibrid adalah yang pertaman seumpamanya bahi Perodua dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dengan rakan niaga kami, yang telah bersama kami sejak 1994,” Perodua Presiden dan CEO, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata semasa acara pembukaan resmi.
Aminar berkata bahawa Perodua dan Medan Prisma membelanjakan hamper RM1.2 juta dan RM7 juta untuk membina dan melengkapkan outlet baru tersebut.
“Kami menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh rakan niaga kami untuk Pusat Perodua 3S ‘Hibrid’, yang mula beroperasi pada Oktober tahun lepas, menggaji 51 pekerja dimana 21 daripadanya adalah dari bahagian jualan, manakala yang selebih 30 pekerja dari bahagian operasi perkhidmatan. Pusat ini mempunyai kawasan tanah 52.523 kaki persegi, 25 ruang perkhidmatan dan 38 ruang letak kereta untuk kemudahan para pelanggannya.
Pada pelancaran itu, Aminar berkata, salah satu fokus utama Perodua adalah untuk memastikan kepuasan pelanggan dijaga dengan baik untuk kekal berdaya saing dan sebagai sebahagian daripada agenda transformasi keseluruhan Perodua. Perodua mempunyai 182 jualan dan 176 cawangan perkhidmatan di seluruh Negara, yang mana lebih kurang 70% adalah jualan dan khidmat pengedar.
No Comment