RON97 Habis dijual Apabila Pemandu Kereta Mewah Membeli Lebih Dari Yang Diperlukan.
Harga minyak dunia di bawah paras paling rendah dalam tempoh 4 tahun ini, dan harga minyak runcit di Malaysia juga telah jatuh. Seperti biasa pembeli minyak petrol RON95 sekarang membeli minyak petrol RON97 yang lebih mahal hanya kerana harganya jatuh. Sebelum ini apabila RON 97 lebih mahal, pemilik kereta komplen dan lebih berhati-hati. Sebaik saja harga merundum, mereka semua membeli dan akibatnya sejak beberapa hari ini kita melihat papan tanda ‘Habis dijual’ pada pam RON97 di kebanyakan stesyen minyak di kawasan perumahan mewah. Inilah kebiasaan sifat membazir orang Malaysia dan kita perlu menilai semula pembaziran bahan api kita.
Harga minyak WTI di US ditutup pada USD69 satu tong, paras yang pernah berlaku pada Mi 2010. Dalam masa 3 hari selepas itu, harga semakin turun kepada USD66.15 satu tong pada Jumaat lepas.
Sementara itu, ramai penganalisis menjangkakan OPEC akan mengurangkan paras pengeluaran minyak pada mesyuarat yang berlangsung pada hari Khamis. Tetapi Arab Saudi tetap berkeras mahukan pengeluaran kekal di paras semasa, menurut CNN. Negara-negara OPEC lain, termasuk Nigeria, Russia dan Venezuela mempunyai kos asas yang lebih tinggi dari Arab Saudi, dikatakan memerlukan harga USD90 setong untuk pulangan modal. Sudah pasti harga akan naik dan bila ini berlaku, kita akan terkena biasnya dari apa yang kita bayangkan. Eloklah kita berhemat dengan penggunaan minyak petrol untuk bulan bulan mendatang.
No Comment