Tayar, Jangan Abaikan!
Satu kajian dari Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Negaramendapati bahawa dari tahun 2007 hingga 2010, 11,047 kemalangan kenderaan berkaitan tayar telah direkodkan di Amerika Syarikat. 195 orang mati dan 6,361 orang cedera dalam kemalangan. Ini sangat membimbangkan.
Cuba fikirkan, perkara mudah boleh cetuskan peristiwa malang itu. Banyak orang percaya bahawa tekanan rendah tayar boleh menyebabkan tayar Analisis pelanggaran dalam Sistem Sampel Automotif Negara dari tahun 2005 hingga 2007 menganggarkan 90 orang mati dan tambahan 3,200 orang cedera setiap tahun dalam pelanggaran di mana tayar lama menjadi faktor utama.
Apa dia tayar lama? Apa jua gelang getah akan pecah setelah beberapa lama. Lama saja bukan masalah. Anda tahu mereka yang menggunakan duit syiling 50 sen untuk menyemak kehausan bunga? Ia mempunyai titik yang menunjukkan berapa banyak bunga tayar yang boleh beroperasi sepertimana yang disasarkan pengeluar. Walaupun sebuah tayar mungkin ada lagi banyak bunga tayar selepas bertahun penggunaan kerap, sila tahan diri dari terus gunakan tayar lama itu. Menurut pakar keselamatan tayar lama adalah tayar yang telah digunakan 10 tahun maksimum. Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, walaupun ada lebih banyak bunga tayar yang tinggal, getah auto-oksidan adalah benar.
Charles Dufraisse dan Nicolas Drisch memberitahu melalui eksperimen mereka pada tahun 1932 berkenaan Getah Auto-Oksidan dan Fenomena Catalytic Yang Berkaitan Dengannya adalah seperti berikut: “Getah auto-oksidan memang telah diketahui sejak dulu lagi, dan telah lama juga diketahui bahawa ia memainkan peranan penting dalam kemerosotan spontan atau penuaan, dan ia telah menjadi objek dalam banyak kajian tentang kepentingannya”
Auto-oksidan, tayar lama, tidak elok
Tidak perlu keliru. Sebagai rumusan semudah mungkin, oksigen dalam udara mengeringkan tayar, maka ia akan jadi keras. Jika diabaikan, getah keras menyebabkan rekahan dan pecahan, pengasingan elemen bunga dan kebocoran pada sisinya. Bayangkan situasi buruk yang akab berlaku ketika anda sedang memandu dilebuhraya.
Adalah penting untuk memahami bahawa oksigen, haba dan beribu batu berpusing memberi kesan besar pada tayar. Di samping itu, perlu diingat bahawa tayar yang tidak digunakan sekurang-kurangnya seminggu lebih terdedah kepada penuaan.
Tekanan oksigen antara struktur tayar boleh membawa kepada degradasi dari dalam-luar kerana turun naik suhu dan cahaya matahari. Jika oksida berlaku pada lapisan baji getah di bahagian dalam, ia akan dilaminakan dari tali keluli tayar, yang membawa kepada kebocoran dan kemungkinan kemalangan kelajuan tinggi.
Dan akhir sekali, anda perlu tahu bahawa tidak ada resepi untuk anda tahu bila perlu ditukar tayar kerana sudah lama digunakan sepanjang 10 tahun penggunaannya. Tanpa mengira usia, jika tayar menunjukkan rentak halus atau keretakan dalam seperti sisi atau bunga dalam alur, dan membonjol, itu tanda anda perlu mendapatkan tayar baru.
No Comment