Autonomi

Audi A7 Autonomi

Perjalanan jauh adalah budaya biasa di seluruh dunia: memandu jauh untuk melihat pemandangan yang hebat, dan mengalami keseronokan sepanjang perjalanan.  Dalam acara Consumer Elektronics Show yang berlangsung di Las Vegas baru-baru ini, beribu pengunjung datang untuk melihat apa yang akan ditawarkan oleh vendor vendor baru ini.  Audi menghantar 7 wartawan dari Silicon Valley ke Las Vegas – jarak antara kedua tempat adalah lebih 550 batu atau 900 km.  Perjalanan ini dipandu secara  autonomi dengan Audi A7 yang dibinakan khas .

Konsep pemanduan autonomi A7 ini menggunakan sistem canggih teknologi terkini yang dibangunkan oleh Audi.  Konsep ini melepaskan pemandu dari tugas memandu dari 0 kepada 70 mph atau 110km sejam.  Kereta ini yang diberi nama ‘Jack’ oleh tim pembangunan, mampu membuat pertukaran lorong dan kawalan memotong.  Sebagai tambahan, konsep A7 Autonomi memecut dan membrek sendiri.  Sebelum membuat pertukaran lorong kiri atau kanan, kenderaan ini mengikut had laju kenderaan sekelilingnya.  Jika kelajuan dan jumlah jarak ternyata selamat, kenderaan ini akan memulakan pertukaran lorong dengan tepat dan pada masa yang tertentu.

Konsep kenderaan autonomi ini menggunakan kombinasi pelbagai sensor, dan kebanyakannya sudah hampir siap untuk produksi.  Sensor jarak jauh adaptive cruise control (ACC) dan Audi side assist (ASA) mengawal depan dan belakang kenderaan.  Sensor radar jarak sederhana pada bahagian depan dan belakang kenderaan mengkhususkan penglihatan sepenuhnya 360 darjah ke kanan dan kiri.  Laser scanner di pasang pada gril Singleframe dan bumpar skirt belakang.  Scanner ini memberikan lebih informasi untuk menyediakan pengenalan static dan objek dinamik yang terperinci semasa pemanduan pilot.

Teknologi ini sedia untuk pengeluaran termasuk intergrasi kenderaan dan struktur kos untuk pengeluaran kenderaan dalam masa terdekat ini.  Kamera video 3D resolusi tinggi baharu, yang digabungkan dengan sistem generasi akan datang terdapat dalam Q7 baharu.  Ia boleh memberikan pemandangan sudut lebar pada depan kenderaan.  Empat kamera kecil dipasang pada depan dan belakang kenderaan untuk pemandangan sekeliling jarak dekat.  Navigasi data digunakan untuk orientasi asas kenderaan.

Sebelum sistem pemanduan pilot ini mencapai hadnya, dalam suasana dalam bandar misalnya, pemandu akan diminta mengambil alih kawalan kenderaan untuk memastikan keselamatan.  Multi isyarat amaran berjalan dalam kesatuan untuk memberitahu pemandu sudah sampai masanya untuk pemandu mengambil alih kawalan.  Jika pemandu tidak hiraukan isyarat itu, sistem akan mengaktifkan lampu hazard dan memberhentikan kereta sepenuhnya dengan risiko yang minimum.  Dalam kebanyakan keadaan kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan.

Sementara Audi membangunkan kereta lumba Sportback RS7 Autonomi dan juga banyak projek kereta automatik yang dibangunkan diseluruh dunia, ini menjadikan Audi sebagai pengeluar automotif pertama yang meletakkan kereta mereka dalam ujian sebenar di dunia.

Audi-Autonomous-RS7

 

Previous post

Ford Umum Pelan Mobiliti Pintar Dan 25 Eksperimen Global Yang Direka Untuk Mengubah Cara Dunia Bergerak Di Acara CES

Next post

BMW 650i Terima Pengolahan dari M&D

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *