Audi Sport TT Cup Akan Bermula Pada Bulan Mei
Sejumlah 165 permohonan dari 20 buash Negara telah diterima oleh Quattro GmbH untuk Audi Sport TT Cup Series baharu. 18 pemandu muda telah diberikan slot kekal dalam one-make cup baharu. Bermula dari Mac 2 hingga 5 Mac, asas fizikal untuk musim 2015 akan dibentangkan semasa kem kecergasan di Bavaria, kemudian diikuti dengan perjalanan ke Spain. Di Circuit de Catalunya di Barcelona, ujian awal trek akan diadakan untuk Audi Aport TT Cup, yang akan diadakan sebagai sebahagian dari enam acara DTM di German dan Austria dalam musim 2015.
Pada masa yang sama dijalankan adalah ujian fine-tuning 228 kW (310 hp) dari Audi TT cup, serta penyediaan kereta lumba yang ditumpukan oleh Quattro GmbH dalam semua perlumbaan. Ini menjamin peluang kesamaan yang maksimum.
Kalendar Audi Sport TT Cup 2015 seperti berikut:
May 01–03 Hockenheim (D)
Jun 26–28 Norisring (D)
Jul 31–Aug 02 Red Bull Ring (A)
Sep 11–13 Oschersleben (D)
Sep 25–27 Nürburgring (D)
Oct 16–18 Hockenheim (D)
No Comment