Chevrolet Sambut Kedatangan Tahun 2015 dengan Kempen Rebet Tahun Baru Cina Sebanyak RM8,888.
NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar sah jenama Chevrolet di Malaysia menyambut kedatangan tahun 2015 dan musim sambutan Tahun Baru Cina dengan promosi jualan Ganjaran Mengejutkan – menawarkan tawaran hebat ke atas empat jenis model yang ada dalam rangkaian produk mereka, bermula dari 15 Januari hingga 28 Februari.
“Jenama ini telah memperolehi reputasi yang sepatutnya untuk keselamatan dan kebolehpercayaan. Chevrolet mengesahkan bahawa model ini dan model paling popular, Colorado dianugerahkan rating 5 bintang dalam Fasa III New Car Assessment Program untuk Negara Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) tahun lepas. Pelbagai model lain Chevrolet telah dianugerahkan rating Euro NCAP 5 bintang dan 4 bintang beberapa tahun ini – membuktikan bahawa jenama ini mempunyai fokus yang jitu tentang keselamatan penumpang kereta buatan mereka. Keselamatan patut sentiasa menjadi keutamaan dan kami berbangga untuk mengatakan bahwa kualiti ini ada dalam semua model kami. Pelanggan boleh memandu dengan konfiden dengan gaya dan tidak perlu risau semasa Tahun Baru Cina,” kata Ms. Thoo Ai Wuen, Timbalan Presiden Bersama NAZA Quest Sdn Bhd.
Kempen Jualan Tahun Baru Cina Chevrolet termasuk tawaran berikut dan lebih:
Tawaran ini membolehkan mereka yang berminat dengan Chevrolet untuk mendapat faedah dari tawaran yang fleksibel dan memberikan ketenangan yang hebat. Prestasi, praktikal dan selamat – tanda jenama Chevrolet – ditampilkan pada semua kereta Chevrolet.
- Malibu, Orlando dan Colorado – Ang Pow RM8,888.00 semasa pembelian
- Cruze – complimentary sporti body kit dengan rim atau Ang Pow RM8,88.00
- Malibu, Orlando dan Cruze – 5 tahun waranti pengeluaran atau 200,000km (yang mana satu dahulu)
- Colorado – 3 tahun waranti pengeluaran atau 100,000km (yang mana satu dahulu)
Semua tawaran promosi tertakluk sementara stok masih ada.
No Comment