Berita Auto

Ford Perkenalkan Enjin EcoBoost 2.0 Baharu

Ini adalah teknologi enjin baharu dari Blue Oval, enjin EcoBoost 2.0 dengan skrol berkembar turbocharger.

ford-edge-ecoboost_1

Dijangka akan sampai pada 2015, Ford Edge yang dibina atas platfom CD4 akan menyaksikan rangkaian kuasa ini akan digunakan dalam berbagai kereta Ford yang besar dan SUV termasuk Mondeo baharu dengan enjin Ecoboost 2.0 inline four dengan skrol berkembar turbo pada pertengahan 2015.  Enjin ini disahkan menghasilkan 237hp dan tork 245Nm.

ford-edge-ecoboost_4

Walaupun tidak lagi menjadi rahsia bahawa ianya akan digabungkan dengan kotak gear automatik SelectShift enam-kelajuan, namum yang menjadi misterinya adalah berapakah kuasa kuda yang akan dihasilkannya.  Sebelum ini Ford telah membuat kenyataan bahawa 2.0 EcoBoost akan mengeluarkan  ‘dalam jangkaan’ 245 ponies dan tork 366Nm, dan ini tidak kurang hebatnya.

ford-edge-ecoboost_5

Berbanding dengan enjin turbo 2-liter masa kini, EcoBoost baru ini dijangkakan akan memberikan pretasi yang baik dan tork yang rendah termasuk perbatuan yang bagus.  Sebagai tambahan kepada turbo skrol berkembar, enjin ini dikuasakn dengan ratio mampatan yang tinggi (9:7:1 berbanding dengan 2.0 EcoBoost 9:3:1) terima kasih kepada piston yang baharu yang kukuh.

ford-edge-ecoboost_6

Tambahan pula, rekaan baru ekzos manifold bersepadu, bergabung dengan sistem tekanan tinggi suntikan bahan api, sistem kawalan minyak aktif dan wastegate aktif  untuk penghantaran kuasa yang lebih baik.

Produksi 2.0 EcoBoost baharu akan bermula pada awal 2015 di Ford’s Cleveland Engine Plant No. 1 dari Brook Park, Ohio.

ford-edge-ecoboost_2

Previous post

Kini Pula Bantuan Kepada Pemilik Kenderaan Mangsa Banjir Toyota Dan Lexus. Sepanjang Tahun.

Next post

Proton Mulakan Tahun Baru Dengan Misi Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *