Berita Auto

Honda Civic Type-R dan NSX Akan Dipamerkan di Geneva

Seperti setiap pengeluar dari Jepun, sepanjang tempoh beberapa tahun lalu Honda terpaksa mengurangkan aktiviti sukan motor mereka.  Walaupun ia bertentangan dengan prinsipal utama syarikat semasa ia mula dibina, sukan motor terbukti amat mahal dan menakutkan, dan Honda terpaksa berehat sekejap untuk pulih.  Tetapi sepertiman Toyota, Honda secara perlahan mulai masuk semula dalam F1.

Geneva Motor Show dijangkakan akan menjadi titik perubahan dalam sejarah terbaru untuk jenama Honda di Eropah.  Dengan setiap model dalam set rangkaian akan digantikan atau diperbaharui untuk tahun 2015, Geneva Motor Show akan menyaksikan kereta berprestasi tinggi untuk atas jalan dan trek, kereta untuk keluarga dan konsep bahan api dari sel yang akan dipamerkan buat pertama kali dalam bentuk produk samaran di gerai Honda dalam bulan Mac.

Geneva akan menyaksikan kereta Honda Civic Type-R yang dikeluarkan oleh British di pameran perdana global .  ‘Kereta lumba atas jalan’ ini akan menjadi model Type-R yang paling ekstrem pernah dibina, dengan ketajaman prestasi dan debaran yang dinamik yang akan menjadi titik baru dalam segmennya.  Aplikasi enjin VTEC Turbo 2.0 liter pada Honda baru adalah yang pertama di dunia dan dengan kombinasi teknologi baru chasis memberikan antara satu pengalaman pemanduan yang paling mendalam dan memberi ganjaran yang boleh didapati di mana-mana sektor

Keluaran Honda yang diperkenalkan di seluruh dunia buat pertama kali di Detroit, Honda NSX yang paling ditunggu-tunggu akan diperkenalkan di Eropah buat pertama kali di Switzerland, 25 tahun selepas pelancaran pertama model asalnya.  Supercar hibrid ini telah dicipta khusus untuk memberikan ‘pengalaman sukan baru’, mencabar kepercayaan konvensional tentang segmen supercar.

Tahun 2015 dilihat sebagai thaun yang menarik untuk Honda.  Pengenalan kilang enjin Turbo VTEC dikatakan membuka jalan untuk pengeluaran lebih banyak enij turbocharged dari Honda – yang akan meletakkan Honda sebaris dengan pesaing dari Eropah.

NSX-1

Previous post

Ini Pula Kereta Tim McLaren Honda Musim 2015

Next post

Hasil Kajian Uji Pandu Porsche Macan ‘S’ SUV

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *