Impresi Pertama Honda HR-V di Thailand
Honda HR-V crossover baharu yang menggabungkan gaya sebuah coupe, ketahanan, ruang dan utiliti sebuah SUV dan kualiti seperti Honda dalam sebuah kenderaan multi- dimensi, sporti, personal dan serba boleh.
HR-V yang serba lengkap ini dijangka akan berada di pengedar Honda seluruh Negara pada awal bulan depan. Honda HR-V serba baru ini mempunyai ruang kabin yang luas dan kelasnya yang tersendiri. Dengan menggunakan rekaan platform yang unik dengan tank bahan api center-mounted dan pembentukkan semula barisan-kedua ‘Magic Seat’, HR-V baharu sepenuhnya ini mempunyai kabin dalam yang luas dengan ciri-ciri mod multiple tempat duduk/kargo. Dengan jumlah penumpang 100.1 cu. Ft. dan 58.8 cu. Ft. jumlah kargo bila kerusi barisan kedua diturunkan, ruang HR-V boleh bersaing dengan pesaing model SUV saiz sederhana yang ditawarkan.
Penampilan HR-V yang dinamik dan sporti, ketahanan yang kukuh ditambah dengan rekabentuk kabin ala coupe dan rupa bentuk yang berani dan kuat, dikomplemen dengan kontur sisi yang tersendiri, termasuk karektor garisan tajam, ukiran bentuk badan yang rendah dan tirus mendatar yang kukuh pada bahagian depan dan belakang fascia. Pemegang pintu yang tertutup menyerlahkan lagi penampilan ala coupe untuk model ini.
Ciri cluster instrumen pemandu tiga meter itu menampikan cincin iluminasi ‘terapung’ dan ciri-ciri ECO Assist Honda, di mana iluminasi meter kelajuan bertukar dari putih kepada hijau bergantung kepada kecekapan bahan api operasi kenderaan pemandu.
Terdapat paparan 7 inci untuk audio dan sistem hubung. Jika anda pengguna telefon Apple I, disediakan sistem mode Siri Eyes untuk memudahkan perhubungan. Portal HDMI dan USB dimasukkan sekali dengan poket konsol yang direka untuk telefon pintar dan tablet.
Model ini dikuasakan oleh enjin SOHC 16-Valve- 4 silinder 1.8 liter yang sangat halus dan responsif, dengan valvetrain i-VTEC yang menghasilkan puncak 138 kuasa kuda pada 6,500 rpm dan tork 172Nm pada 4,300 rpm.
Ciri- ciri standard untuk keselamatan dan driver-assistive termasuk 4-channel anti-lock brek (ABS) dengan Brek Assist dan Hill Star Assist; Vehicle Stability Assist™ (VSA®) dengan Kawalan Daya Tarikan dan beg udara.
Spesifikasi Pakej Utama HR-V
- Wheelbase, in. 102.8
- Length, in. 169.1
- Width, in. 69.8
- Height, in. 63.2
- Passenger volume, cu. ft. 100.1
- Cargo volume, cu. ft. 24.3 rear seats up
- 58.8 rear seats down
- Seating capacity 5
No Comment