Berita Auto

Jaguar F-PACE Akan Dilancarkan Pada Tahun 2016

Pengeluar kereta mewah British bergerak ke arah kepelbagaian secara agresif dengan baru-baru ini melancarkan XE untuk menembusi pasaran model sedan mewah.  Khabar angin mengatakan tentang Jaguar akan mengeluarkan SUV atau kenderaan crossover untuk melengkapkan rangkaian produk mereka untuk tahun tahun akan datang, terutamanya bila konsep C-X17 SUV diterima baik.

Jaguar-3-600x399

F-PACE telah disahkan sebagai model  baharu bagi tahun 2016, sebagai SUV (atau crossover) untuk tambahan rangkaian Jaguar.  Ianya dikatakan berasaskan F-Type coupe, dan ini bermakna Jaguar akan bersaing dengan kereta lain seperti Porsche Macan dan BMW X3.

Seperti yang telah dibincangkan pada awal bulan ini, pengeluar kereta mewah sedang cuba menembusi pengeluaran segmen SUV mewah dan crossover mewah untuk turut sama mengaut keuntungan sebelum pasaran mencapai tahap besar-besaran.  Audi melaporkan bahawa 1 dari 3 buah kenderaan yang terjual adalah dari rangkaian SUV mereka. Dan ini sudah cukup untuk jenama kereta mewah mempunyai produk SUV mereka sendiri.

Jaguar-4

Kehadiran F-PACE mungkin dilihat agak terlewat tetapi apa yang menariknya adalah untuk melihat bagaimana pengeluar British ini memberi interpretasi kenderaan SUV mewah.  Adakah mereka akan memilih rekaan ala Land Rover British yang tampak rugged, atau gaya yang lebih kontemporari seperti Porsche?. Hanya masa yang akan menentukan, tapi apa yang pasti Jaguar akan memulakan kerja-kerja pre-produksi tidak lama lagi.

Jaguar-2

Previous post

MINI Terus Kukuh Dalam Dakar Rally

Next post

Perodua Hantar 100 Sukarelawan untuk Pembersihan Selepas Banjir Dan RM400k Untuk Mangsa Banjir

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *