Lotus @ Pertunjukan Kereta Lumba, Autosport
Sekali lagi, Lotus menampakkan kehadiran yang kuat di Autosport Antarabangsa – The Racing Car Show dengan tiga kereta lumba yang terkemuka dalam acara itu, semuanya layak untuk siri perlumbaan, kejohanan dan trek di seluruh dunia.
Lotus Elise S Cup
Elise S Cup adalah landasan yang menumpukan pada rangkaian kereta atas jalan Lotus Elise dan membawa jenama ‘Cup’ sinonim dengan divisyen Lotus Motorsport. Elise S Cup memacu dari 0-60mph dalam 4.2 saat dan menghasilkan dengan hebatnya kuasa pada kelajuan tinggi 125kg menjadikannya 3 saat untuk satu pusingan lebih pantas di ujian trek Lotus di Hethel dari Elise S.
Lotus Exige V6 Cup R
Exige V6 Cup 6 adalah versi kereta lumba sepenuhnya Lotus Motorsport Exige V6 Cup. Kereta ini menawarkan badan aerodinamik yang rendah dan pengurangan 60kg dari kereta atas jalan, peredam lumba, peralatan keselamatan dan pilihan kotak gear jujukan yang memberikan pakej kereta lumba yang berdaya saing.
Exige V6 Cup R adalah sangat pantas tetapi mempunyai harga mampu milik dan layak untuk berlumba di banyak siri yang menarik di seluruh dunia termasuk Lotus Cup Series.
Lotus Evora GT4
Kereta lumba juara Evora GT4 telah dibina dari kereta atas jalan yang memang terkenal iaitu Lotus Evora dan telah diselenggarakan untuk memberikan pemandu satu pakej kereta lumba yang berdaya saing terus ‘dari kotak’.
Kereta ini mempunyai enjin V6-beraspirasi semulajadi yang diuruskan oleh Sistem Cosworth Elektronik dan memberikan 360 PS (Euro GT4) @ 6500 rpm menjanakan roda belakang melalui kotak gear berjujukan 6-kelajuan, dengan pilihan gear paddle shift.
Evora GT4 mempunyai struktur yang serupa dalam siri GT yang terkemuka di dunia dan memberi saingan dalam ketahanan perlumbaan.
Jean-Marc Gals, CEO, Group Lotus plc berkata, Motorsport telah dan akan sentiasa menjadi keutamaan Lotus dan ia adalah penting bahawa setiap satu daripada kereta sport kami menawarkan kemenangan perlumbaan motorsport. Pembangunan untuk setiap kereta lumba ini dilakukan mengikut program kereta atas jalan yang memastikan penghasilan tanpa kompromi dan produk yang berdaya saing seperti yang terbukti dengan jumlah podium dan kejuaraan yang telah dimenangi oleh pelumba di tahun tahun sebelum ini.
Lotus Motorsport telah meningkatkan penjualan kereta lumba kepada 29% untuk sembilan bulan pertama dalam kewangan tahunan (dari April 2014 hingga akhir Disember 2014) berbanding kewangan tahunan keseluruhan (49 kerera FY 2013-14 dan 63 tahun hingga kini dalam FY 2014-15)
No Comment