Berita Auto

Mazda 2 SKYACTIVE Tiba di Malaysia Dengan Harga Dari RM87,956.00

Kenderaan buatan Mazda di Malaysia menjana penjualan yang baik dengan kereta berkuasa tinggi Skyactiv dan SUV dalam temph beberapa tahun ini.  Mazda 3, Mazda 6, Mazda 5 MPV dan juga CX-5 SUV menyaksikan permintaan jualan dan senarai menunggu yang baik pada setiap model yang diperkenalkan.

dsfP22006201

Kini tiba model yang ditunggu tunggu iaitu Mazda2 yang telah dilancarkan petang tadi oleh Bermaz Motor Sdn Bhd.  Dengan kualiti kabin tinggi dan peralatan canggih, model Mazda 2 sedan baharu dan hatchback (juga dikenali sebagai Demio di Jepun dan pasaran tertentu) telah bersedia untuk bersaing dalam segmennya, mencari cara baru untuk menarik pelanggan ke bilk pameran mereka.

dsfP22006641

Rangkaian Mazda 2 ini dikuasakan oleh enjin silinder petrol 1.5 liter Skyactiv-G 4 yang diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia.

dsfP2200632

Dilengkapi dengan i-STOP untuk menaiktaraf penggunaan bahan api yang ekonomi dengan lebih 20% dari model Mazda 2 yang sedia ada, ianya menghasilkan suntikan secara langsung enjin sebanyak 114hp dan 148Nm, di mana ianya memacu roda depan melalui 6-kelajuan Skyactiv0 pemanduan transmisi otomatik.

Mazda2-Sedan4

Dengan penampilannya yang bergaya, Mazda 2 ini datang dengan pelbagai peralatan yang baru.

dsfP2200641

Ciri-ciri maju seperti kemasukan smart keyless entry, push button start, perhubungan infotaimen MZD dengan navigasi satelit dan reverse kamera adalah antara ciri-ciri yang dimasukkan.

mazda2_4

Ciri-ciri keselamatan termasuk dynamic stability control (DSC), traction control system (TCS), hill launch assist dan dual frontal airbags.

dsfP2200658

2 pilihan reka bentuk badan ditawarkan dengan Mazda 2 baharu, 4-pintu sedan dan 5-pintu hatchback.  Kedua-dua model berharga RM87,956 di atas jalan dengan insuran untuk pendaftaran individual di Semenanjung Malaysia.  Pilihan warna termasuk Soul Red Metallic, Snowflake White Pearl Mica, Metropolitan Gray dan Aluminium Metallic.

dsfP2200654

 

Previous post

Jaguar Akan Menyerlah Dalam Tahun 2015

Next post

Nissan X-Trail Dilancarkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *