Mazda Menghantar 3 Juta Mazda6 Secara Global.
Pencapaian angka 3juta bagi penghantaran kereta telah dicapai dalam tempoh lebih kurang 12 tahun dan sembilan bulan selepas produksi generasi pertama Mazda6 bermula pada Februari 2002 di Jepun. Berikutan dengan Mazda3, Mazda6 mempunyai masa kedua terpantas untuk mencecah 3 juta produksi.
Sejak dari generasi pertama, siri Mazda6 tetap setia kepada matlamat asal iaitu menawarkan keseronokan memandu, dan bersama-sama dengan mesej jenama Mazda Zoom-Zoom telah memacu barisan rangkaian produk Mazda sejak diperkenalkan.
Terkini, generasi ketiga dan model kedua akan menyertai barisan rangkaian generasi baharu Mazda iaitu Mazda6 yang menggunapakai sepenuhnya rangkaian teknologi SKYACTIV dan tema rekaan KODO-Soul of Motion, yang telah dilancarkan di Afrika Selatan. Model yang telah direka semula sepenuhnya telah menerima pujian tertinggi di pasaran dunia. Termasuk menerima Researchers’ and Journalists’ Conference Car of the Year 2014 di Jepun dan dicalonkan sebagai finalis untuk Rekaan Kereta Dunia 2013, ia telah menerima lebih dari 40 anugerah di seluruh dunia. *2
Untuk melangkah ke hadapan, Mazda akan terus membangunkan produk yang menawarkan semua pelanggan keseronokan pemanduan dan prestasi alam sekitar dan keselamatan yang amat membanggakan, dengan tujuan memperkayakan kehidupan manusia dan menjadi jenama yang membina satu ikatan khas dengan pelanggannya.
*1 generasi pertama: 1,945,850 unit; generasi kedua: 718,882 unit; generasi ketiga: 335,773 unit.
Jumlah: 3,000,505 unit
*2 pada akhir bulan Oktober 2014, berdasarkan pada data Mazda.
** SKYACTIV adalah istilah naungan untuk pelbagai rangkaian Mazda teknologi generasi akan datang – termasuk enjin petrol dan diesel, transmisi, badan dan casis – dibangunkan di bawah visi Zoom-Zoom Mazda yang mampan untuk menyediakan kedua-duanya iaitu keseronokan memandu danprestasi alam sekitar dan keselamatan yang amat membanggakan.
No Comment