Perodua Hantar 100 Sukarelawan untuk Pembersihan Selepas Banjir Dan RM400k Untuk Mangsa Banjir
Perodua akan menghantar 100 sukarelawan, terdiri dari pekerja mereka untuk membantu dalam usaha kerja-kerja pembersihan dan telah memperuntukkan RM400,000 untuk mangsa banjir di Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Laporan media mengatakan air banjir telah memusnahkan sebahagian dari Pahang, Terengganu dan kebanyakan kawasan di Kelantan dalam tempoh tiga minggu di mana hampir suku juta rakyat terpaksa dipindahkan. Media tempatan menyatakan banjir kali adalah yang paling buruk dalam tempoh 30 tahun ini.
“100 orang yang dihantar oleh kami adalah sebahagian dari program sukarelawan kami untuk membantu projek komuniti seluruh dunia,” kata Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Aminar berkata bahawa Perodua telah pun menghantar ‘scout team’ pada 2 Januari untuk menilai situasi tersebut dan membuat laporan ke atas barang-barang keperluan untuk pembersihan selepas banjir. Beliau berkata Perodua juga tela memperuntukkan RM400,000 untuk mangsa banjir. Hingga kini, Perodua telah membelanjakan RM90,000 dari RM400,000 untuk membekalkan bekalan catuan kecemasan untuk mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang melalui Majlis Keselamatan Negara.
“Baki sebanyak RM319,000 akan digunakan untuk membantu mangsa terutamanya keluarga yang mempunyai anak-anak yang bersekolah untuk membeli keperluan sekolah termasuk pekerja kami dan pengedar yang terkesan akibat bencana malang ini,” kata Aminar lagi.
Tambah Aminar lagi, Program bantuan banjir Perodua ini yang telah diperkenalkan pada tahun 2011, masih berjalan dan menawarkan diskaun 20% ke atas alat ganti tertentu untuk kenderaan Perodua yang rosak akibat banjir kepada pelanggan setia kami. Mereka ini digalakkan untuk menghubungi toll free customer care line Perodua di talian 1800-88-6600 untuk sebarang bantuan.
Berkenaan bantuan yang diberi, Aminar berkata bahawa Perodua akan mengembalikan semula fi khidmat penunda hingga RM100 maksimum (Satu Ratus Ringgit sahaja) kepada outlet khidmat Perodua yang terdekat. Secara total, terdapat 176 outlet khidmat Perodua di seluruh Negara. (Mengikut syarat dan terma yang ditetapkan). Aminar juga melawat pekerja Perodua dan rakan kongsi yang terkesan akibat banjir dan menawarkan wang tunai serta bantuan kepada mereka yang memerlukan.
No Comment