Perodua Tawar Bantuan Untuk Mangsa Banjir di Sarawak
Perodua menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa kawasan di Sarawak baru-baru ini. Perodua akan menyediakan bantuan dalam bentuk diskaun ke atas alat ganti yang dipilih dan pemeriksaan percuma untuk menentukan kerosakan yang berlaku ke atas kenderaan tersebut.
“Pelanggan kami adalah yang utama untuk kami dan khidmat tambahan ini disediakan untuk membantu meringankan beban pelanggan kami yang melalui bencana ini,” kata Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid
Berkenaan bantuan yang diberi, Aminar berkata Perodua akan membayar semula fi khidmat tunda hingga ke maksimum sebanyak RM100 (Satu Ratus Ringgit sahaja) ke outlet khidmat Perodua yang terdekat. Secara total, terdapat 176 outlet khidmat Perodua seluruh dunia. (Tertakluk kepada Syarat & Terma). Sebagai tambahan, Perodua juga menawarkan 20% ke atas alat ganti tulen yang dipilih kepada pemilik kenderaan Perodua yang rosak akibat banjir.
Alat ganti tersebut termasuk barangan elektrik, karpet, kerusi kenderaan, trim pintu dan overhaul gasket enjin. Pelanggan kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir baru baru ini dinasihatkan untuk menghubungi Perodua Smart Assist di 1-800-88-5555 untuk bantuan tunda.
No Comment