Program Bantuan Banjir Mitsubishi Motors
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan Program Bantuan Banjir untuk semua pemilik kenderaan Mitsubishi yang rosak akibat bencana banjir yang melanda ketika ini. MMM akan menawarkan diskaun 50% dari harga alat ganti asal bermula dari hari ini hingga 31 Januari 2015 untuk kenderaan yang rosak akibat banjir. Kelayakan untuk mendapatkan diskaun tertakluk kepada pengesahan dari MMM untuk memastikan kesahihan setiap kes. Juga, hanya kenderaan yang membuat pembelian dari peniaga yang disahkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia saja yang layak untuk menerima diskaun khas ini.
Sebagai tambahan, MMM bersama peniaga sah berikrar untuk memberikan RM50 untuk setiap kenderaan Mitsubishi yang berdaftar pada bulan Disember 2014. Buat masa ini, sejumlah RM81,000 telah berjaya dikumpulkan. Dana ini akan digunakan untuk menambah semula barang-barang keperluan seperti barang barang sekolah dan rumah.
MMM juga akan mengadakan program pembersihan di kawasan kawasan yang terjejas akibat banjir seperti Kuala Krai dan Tanah Merah di Kelantan, dan juga Temerloh, Pahang untuk membantu mangsa banjir dari hari ini hingga 10 Januari 2015. Triton Tuners Club (TTC), kelab resmi pemilik Mitsubishi Triton di Malaysia juga menyokong inisiatif ini.
Pelanggan yang kenderaan mereka rosak akibat banjir boleh pergi ke peniaga sah Mitsubishi Motors atau hubungi Careline Pelanggan kami di 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9.00am-5.00pm) untuk dapatkan bantuan secepat mungkin. Untuk mendapatkan senarai pussat khidmat MMM boleh lawati: www.mitsubishi-motors.com.my
No Comment