Toyota Vios Dapat Ciri-ciri & Kit Baru Untuk 2015
Varian VIOS 1.5E dan 1.5J kini mempunyai kemudahan tambahan dengan Smart Entry dan sistem Push Start. Dengan ini semua pemilik VIOS tidak perlu lagi menggunakan kawalan remote untuk kunci dan buka kunci pintu maupun menggunakan kunci untuk menghidupkan enjin.
Bagi mereka yang memilih Vios 1.5G dengan warna hitam bagi reka dalaman seperti 1.5 TRD Sportivo, kini ianya juga menawarkan tema warna kelabu. Seperti terdahulu, upholsteri kulit adalah standard, kini terdapat juga pilihan warna hitam.
Dilengkapi dengan imej sporti Vios TRD Sportivo adalah tambahan warna amber pada bahagian depan bawah illumination. Untuk Vios 1.5G, illumination adalah berwarna biru untuk memberikan perasaan relaks dan tenang.
Ciri baru bagi Vios 1.5G dan 1.5E adalah cuff plate pada sil pintu. Ini memberikan perlindungan untuk sil yang mungkin secara tidak sengaja dipijak kasut semasa masuk atau keluar dari kereta.
Reka dalaman bagi model 2015 ini menggunakan konsep ‘Value Beyond Belief’ yang memberikan kabin tampak classy dan menarik. Keselesaan perjalanan jauh dipastikan dengan struktur bunyi-ergonomically untuk tempat duduk depan dan belakang. Kerusi sporti yang dipasang pada Vios 1.5 TRD Sportivo adalah ciri tambahan sokongan yang ditawarkan juga.
Trim krom tampak terserlah pada rekaan luaran varian Vios 1.5E dan 1.5J baharu yang kini mempunyai pemegang pintu krom (terdahulu mengikut warna badan kereta). Pada bahagian belakang, jalur hiasan disepanjang penutup boot juga disudahkan dengan krom, menampakkan lagi imej yang classy.
Spesifikasi rangkaian kuasa dikekalkan dengan enjin 1.5 liter VT-I dan transmisi empat-kelajuan Super ECT setelah memperlihatkan pencapaian keupayaan dan ekonomi beberapa tahun ini. Namun, perubahan kecil dilakukan yang tidak kelihatan pada pelanggan.
Pelanggan mempunyai pilihan aksesori untuk dimasukkan sekali pada Vios baharu yang dibeli. Ini termasuk sistem Toyota Premium Security & Solar Film yang menyediakan keselamatan dan menghalang pecah masuk dan kaca dipecahkan, sementara memberikan kesejukan paa dalam kabin. Item ini adalah standard pada 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G, dan pilihan untuk 1.5E dan 1.5J. Ianya mematuhi syarat JPJ dan datang dengan 7 tahun waranti. Terdapat juga item baharu iaitu pam tayar mudah alih yang standard untuk semua varian yang boleh mengepam tayar kempis di mana saja. Juga membolehkan pemilik memastikan tayar mereka kekal pada tekanan yang betul untuk prestasi yang optimum.
Kepada mereka yang mahukan penampilan kereta sporti, terdapat pilihan lima keeping Aerokit untuk Daytime Running Light, yang dibina khas untuk Vios. Sekiranya dipilih oleh pelanggan, aksesori ini akan dipasang oleh profesional di Integrated Quality Hub UMW Toyota Motor. Ini untuk memastikan lesamaan kualiti pada semua kereta.
Untuk Vios 2015, UMW Toyota Motor kini menawarkan sistem infotainmen yang lebih canggih. Pilihan sistem DVD-AVN sebagai pilihan datang dengan 7 inci skrin sesentuh, sistem perhubungan yang sesuai dengan telefon pintar yang membolehkan penggunaan internet, WiFi, HDMI, Bluetooth dan juga pengenalan suara. Selain dari menggunakan ‘sweep gestures’ untuk navigasi, pemilik boleh menyesuaikan dengan peranti skrin paparan. Sistem ini datang dengan reverse camera juga.
Pilihan sistem DVD-AVX kini disediakan dengan paparan skrin yang lebih besar iaitu 6.1 inci (sebelum ini hanya 5.8 inci) dan mempunyai pilihan perhubungan seperti USB, SD, AUX dan Bluetooth. Ia datang dengan reverse camera juga dan imej dipaparkan pada skrin dengan resolusi tinggi.
Sama seperti sebelum ini, pelanggan boleh memlilih dari 5 warna luaran – Putih, Silver Metallic, Medium Silver Metallic, Hitam Attitude dan Perang Quartz Metallic.
Sama seperti kebanyakan model yang ditawarkan oleh UMW Toyota Motor, Toyota Vios datang dengan 3 tahun/100,000km (mengikut apa yang berlaku selepas pendaftaran pertama) waranti, tertakluk syarat yang dinyatakan dalam handbook pemilik. Ini mencerminkan keutuhan UMW Toyota Motor dalam pembinaan kenderaan superior yang berkualiti, penanda produk Harga atas jalan (pendaftaran individu dengan insurans, warna metalik, Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut:
TOYOTA VIOS 1.5 TRD SPORTIVO : RM94,800
TOYOTA VIOS 1.5G : RM89,990
TOYOTA VIOS 1.5E : RM84,300
TOYOTA VIOS 1.5J (AUTO : RM78,800
TOYOTA VIOS 1.5J (MANUAL) : RM74,700
No Comment