Volkswagen Malaysia Tawar Konsesi Untuk Pelanggan Yang Terkesan Akibat Banjir
Sekiranya anda adalah pelanggan Volkswagen yang tinggal di kawasan Pantai Timur, Semenanjung Malaysia dan kereta anda rosak akibat banjir yang melanda baru-baru ini, anda perlu pergi ke pengedar Volkswagen berdekatan. Volkswagen Malaysia akan memberikan diskaun 15% ke atas alat ganti kepada pelanggan yang kereta mereka perlu dibaiki akibat kerosakan dari air banjir. Diskaun ini boleh didapati sepanjang Januari hingga Mac 2015 (3 bulan)
Kerosakan akibat banjir selalunya tidak dilindungi dibawah polisi insuran automotif biasa, oleh itu mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai risiko tinggi banjir patut membeli pelan berasingan yang boleh melindungi mereka bila berlaku banjir.
No Comment