Barisan Tim Subaru WRC Diumumkan
Tim USA Subaru Rally baru saja mengumumkan bahawa pemandu mereka Syerre Isachsen dan Bucky Lasek akan mengetuai usaha tim rallycross dalam tahun 2015. Kedua-dua pemandu telah memperbaharui kontrak multi tahunan mereka dengan Subaru dan akan bertanding dalam Kejuaraan Red Bull Global Rallycross dan Summer X Games.
Syerre Isachsen, bekas juara tiga tahun Kejuaraan Rallycross Eropah dan Bucky Lasek, antara nama yang dikenali dalam sukan aksi telah bersama Subaru sejak tahun 2011. Tahun lepas, mereka berdua mengetuai Subaru pada musim paling berjaya buat masa ini dalam perkembangan siri, mencapai kombinasi lima podium termasuk pingat perak X Games oleh Lasek dan
Ikon sukan aksi, Travis Pastrana akan menyertai tim tersebut di rally terpilih dan acara rallycross bagi tahun 2015. Jadual Pastrana akan diumumkan tidak lama lagi.
“ Ianya adalah satu keputusan mudah untuk kami mengekalkan mereka dalam tim kami,” jelas Rob Weir, Pengurus Pemasaran Subaru Motorsports. “ Bucky dan Syerre meletakkan Subaru di podium sebanyak lima kali musim lalu dan terus memainkan peranan utama dalam pembangunan program rallycross kami. Kedua-dua pemandu berkongsi kebanggaan yang tidak terkira untuk jenama Subaru dan kejayaan Tim Rally Subaru USA.
“Keseluruhan tim kami adalah seperti sebuah keluarga dan kami telah bekerja keras bersama dalam tempoh beberapa tahun ini untuk membangunkan program ini dan kami kini kami menang, bersaing di kedudukan teratas,” kata Bucky Lasek. “ Kami sangat gembira untuk terus menjadi sebahagian dari keluarga ini dan warisan Subaru motorsports.”
Red Bull Global Rallycross akan menampilkan jadual 12 perlumbaan, paling besar setakat ini bagi musim 2015.
No Comment