BMW Keluarkan M6 GT3
Kereta GT memang menarik, rangkaian yang pelbagai. Tidak kira samada SLS AMG atau Corvette boleh bertanding asalkan ianya mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh FIA, dengan status homologasi tertentu. Sudah tentu realitinya, kereta lumba ini masih jauh dari model atas jalan yang biasa dilihat – tetapi masih senang melihat sesuatu yang mengingatkan tentang kereta di atas jalan merentasi asphalt yang berkelok-kelok. Model M6 GT3 mengikut model sebelumnya iaitu M3 GT3 dan Z4 GT3, menjadi program lumba GT BMW. Ianya direka untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan tempatan dan juga antarabangsa, dan juga bersaing dengan yang terbaik dalam perlumbaan ketahanan. Sementara program untuk pembinaan bermula sekarang, BMW mensasarkan untuk menghasilkan kereta ini bagi musim 2016.
Model M6 GT3 dikuasakan oleh enjin Turbo TwinPower V8 M 4.4 liter, yang telah menjadi subjek modifikasi untuk digunakan di litar lumba. Ia mempunyai pelinciran kering dan menghasilkan lebih 500 hp dengan jumlah berat kereta kurang dari 1,300 kilogram. Jika ini nampak lebih rendah, ianya kerana ini: enjinnya menghasilkan circa 560 hp: selalunya enjin kereta lumba dilengkapi dengan restrictor mengikut peraturan pertandingan, tetapi walaupun dengan kelemahan ini, kereta ini mempunyai kepantasan yang cemerlang. Berat sebanyak 1300 kg kerb adalah lebih kurang separuh lebih ringan dari model atas jalan, dan aerodinamik membantu sebahagian besar pemanduan kelajuan melalui selekoh.
BMW M6 Coupe memberikan asas yang ideal, di mana jurutera BMW Motorsport telah bekerja dengan teliti untuk mengasah BMW M6 GT3 bagi digunakan dalam perlumbaan motor. Keutamaan diberikan bagi memastikan keselamatan pemandu sebaik boleh. Untuk menawarkan pemandu BMW M6 GT3 perlindungan yang sebaiknya dari kecederaan, BMW Motorsport sendiri membina dan mengeluarkan sel keselamatan FIA yang disahkan, yang mengikut standard keselamatan terkini. Jurutera juga menumpukan pada kecekapan, kemudahan penyelenggaraan dan kebolehpercayaan, di mana ianya sangat penting dalam tempoh 24 jam.
No Comment