Gaya Hidup / Lifestyle

Chevrolet Tawar Kempen Promosi Khidmat ‘Pandu Selamat’ Untuk Tahun Baru Cina

Bila Tahun Baru Cina tiba setiap tahun, selalunya inilah masa untuk balik bercuti ke kampong.  Tidak kiralah apa bangsa pun; percutian selalunya panjang untuk memudahkan perjalanan sukar balik kampong.  Tapi sebelum anda memulakan perjalanan anda, sangat penting untuk pastikan kereta anda dalam keadaan elok untuk mengelakkan kerosakan semasa perjalanan balik.  Walaupun kebanyakan pemilik tahu menguji tayar mereka dengan  menendang tayar sebelum bergerak, bukankah lebih baik jika anda mendapatkan juruteknik terlatih untuk memeriksa dengan lebih terperinci?  Jika anda memiliki kereta Chevrolet, anda bertuah.

NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar sah jenama Chevrolet di Malaysia, menyambut ketibaan musim Tahun Baru Cina dengan Kempen Khidmat “Pandu Selamat’.  Promosi ini sah dari 1 Ferbuari hingga 15 Mac, akan memberi peluang pemilik Chevrolet untuk merapikan kereta mereka oleh juruteknik terlatih khidmat Chevrolet sebelum memulakan perjalanan untuk menziarahi keluarga dan rakan-rakan.

Promosi Kempen Khidmat ‘Pandu Selamat’ boleh didapati untuk semua model Chevrolet (Spark, Aveo, Optra, Nabira, Lumina, Captiva, Cruze, Sonic, Colorado, Orlando dan Malibu) dan pelanggan boleh membuat temujanji untuk mendapatkan khidmat ini di 21 pusat servis Chevrolet yang sah seluruh Negara.

Kempen Servis ‘Pandu Selamat’ Chevrolet termasuk seperti berikut:

Pemeriksaan percuma 40-mata dan imbasan diagnostik

  • Percuma set peralatan makan dengan sebarang pembelian pertukaran Dexos Minyak (6L)
  • Sebarang servis kenderaan lebih dari RM200 melayakkan pelanggan menerima beruang Chevy

Untuk maklumat lanjut tentang Kempen Servis ‘Pandu Selamat’ Chevrolet, hubungi 1-800-2-CHEVY (24389) atau lawati www.chevrolet.com.my. Ikuti MyChevrolet di Facebook dan @Chevrolet_MY Twitter untuk maklumat terkini dan tawaran dari Chevrolet Malaysia.

Chevrolet-Drive-Safe-Service-Campaign

Previous post

Ferrari F1 Concept

Next post

Yamaha YZF-R25, Motor Sport Kompak - Throwback May 2014

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *