Berita Auto

Honda Memperkenalkan Varian Terkini (2.0L 2WD) Ke Dalam Barisan Model CR-V Baharu. Dari RM135,143.40

Honda Malaysia memulakan tahun baharu dengan pengenalan model CR-V (Comfortable Runabout Vehicle) yang baru. Dijangka dapat memenuhi keperluan pasaran SUV yang kian berkembang, CR-V baharu kini didatangkan dalam tiga varian, dengan penambahan model 2.0L 2WD.

New CR-V Emergency Stop Signal

Mula diperkenalkan ke pasaran pada tahun 1995, CR-V telah menerima lebih daripada 130 anugerah di seluruh dunia. Anugerah terbaharu ialah Anugerah Prestasi Kebolehpercayaan Pelanggaran dalam penilaian ASEAN NCAP Grand Prix yang pertama. Sejak melakukan debut di pasaran Malaysia pada tahun 2001, CR-V nyata menerima sambutan memberangsangkan dan menjadi salah satu SUV paling diminati dengan jualan mencecah lebih 52,000 unit. CR-V generasi keempat ialah SUV No. 1 di Malaysia dengan jumlah jualan lebih 14,700 unit sejak dilancarkan pada Mac 2013.

New CR-V Console Pocket

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, “Segmen SUV menyaksikan pertumbuhan yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan pembeli SUV juga telah berkembang daripada mereka yang sudah berkeluarga kepada golongan dewasa bujang yang menjalani gaya hidup aktif. Berdasarkan kepada maklum balas pasaran, kami mendapati wujud permintaan yang tinggi terhadap SUV pacuan dua roda (2WD). Dengan itu, bagi memenuhi permintaan tersebut, kami memperkenalkan varian 2.0L 2WD dalam barisan model CR-V baharu.”

New CR-V - USB port

Varian 2.0L 2WD baharu akan menawarkan lebih banyak pilihan kepada mereka yang aktif serta golongan keluarga muda di kawasan urban yang mahukan sebuah SUV luar biasa dari segi penampilannya, keselesaan pemanduan dan penggunaan bahan api yang efisien.

Direka berdasarkan kepada konsep ‘Value Up CR-V’, CR-V baharu mengekalkan kesemua ciri-ciri utama daripada model sebelumnya untuk menawarkan ruang dalaman yang lebih selesa, gayaan elegan lebih meyakinkan serta keluasan ruang yang mendahului kelasnya.

New CR-V features One Pull Motion

Varian baharu 2.0L 2WD berkongsi rangkaian kuasa yang sama dengan model 2.0L 4WD (enjin SOHC i-VTEC; 155PS dan 190Nm). Enjin itu dipadankan dengan transmisi automatik 5 kelajuan bagi menawarkan keseimbangan yang sempurna di antara penjimatan bahan api dan prestasi. Bezanya cuma, varian 2WD memberikan tahap penjimatan bahan api yang lebih baik. Untuk meningkatkan lagi kecekapan penggunaan bahan api, semua varian dilengkapi butang Mode ECON sebagai satu ciri standard.

New CR-V fitted with 6 airbags

CR-V baharu direka untuk kelihatan lebih berani dan tegap menerusi rekaan serta garis badan yang kemas. Menyerlahkan sentimen yang berani, agresif dan sporty, CR-V baharu dipasang dengan gril hadapan bersama dua jalur kemasan krom serta bumper hadapan dan belakang baharu untuk memberi penampilan yang tegap.

Di ruang kabin pula, CR-V baharu menerima banyak penambahbaikan dengan salutan perak serta kemasan krom untuk memberikan rasa yang lebih premium dan kemas. CR-V 2.0L 2WD juga hadir bersama pelbagai ciri termasuklah sistem Kemasukan Pintar serta Butang Penghidup Enjin, Lampu Nyalaan Siang LED dan tempat duduk kuasa dengan 8 talaan berbeza untuk memberi kemudahan kepada pemandu. Ruang dalaman CR-V baharu yang luas dan mendahului kelasnya sememangnya menawarkan keselesaan pada bahagian kepala dan kaki untuk pemandu serta para penumpangnya. Selain itu, ruang kargonya boleh ditingkatkan secara dramatik daripada 589 kepada 1,146 liter melalui tempat duduk belakangnya yang boleh dilipat sepenuhnya melalui One-Motion Rear Foldable Seats.

New CR-V Automatic Transmission

CR-V baharu sekali lagi mendahului segmennya dari segi keselamatan melalui satu teknologi termaju yang dikenali sebagai Honda LaneWatch. Varian 2.4L 4WD merupakan model pertama dalam segmennya yang memiliki ciri ini. Teknologi baharu ini membolehkan pandangan pemandu ke arah trafik sebelah penumpang dipertingkatkan, berbanding jika hanya menggunakan cermin sisi sahaja. Penambahan ciri ini membantu meningkatkan pengalaman pemanduan secara keseluruhannya dan pada masa yang sama, Honda LaneWatch membuatkan pemandu berasa lebih selamat dan yakin ketika memandu.

Honda LANEWATCH

CR-V baharu juga dilengkapi dengan spesifikasi keselamatan tertinggi pada semua variannya termasuklah ciri Vehicle Stability Assist (VSA), Emergency Stop Signal, Hill Start Assist dan 6 beg udara (2.4L 4WD), (2.0L 2WD dan 2.0L 4WD – 4 beg udara) bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai SUV paling selamat di pasaran. Selain itu, para pelanggan CR-V boleh memandu dengan selamat dan berasa yakin kerana tahu CR-V telah dianugerah 5 bintang oleh ASEAN NCAP selepas ia diuji tahun lalu.

Jelas Ueno, “Kami yakin bahawa CR-V baharu mampu memenuhi keperluan pemilik SUV yang baru dan sedia ada dan kami juga percaya ia akan terus menerajui segmen pasaran SUV dan membolehkan Honda mencapai sasaran jualan yang mencabar pada tahun ini.”

CR-V baharu didatangkan dalam lima warna – kelabu (Modern Steel Metallic), putih (Taffeta White), biru (Twilight Blue Metallic), perak (Alabaster Silver Metallic) dan hitam (Crystal Black Pearl).

Honda turut menawarkan empat pakej aksesori menarik untuk CR-V baharu yang menggabungkan penambahbaikan dari segi dalaman dan luarannya. Pakej-pakej ini bermula pada harga yang berpatutan iaitu RM2,650.

Honda Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis setiap 10,000km. Bukan itu sahaja, para pelanggan CR-V baharu juga boleh menikmati servis buruh percuma sebanyak enam kali yang diselang-selikan dengan servis berbayar sehingga perbatuan mencecah 100,000km di semua 77 buah pengedar Honda di seluruh negara.

Maklumat lanjut mengenai CR-V baharu, sila kunjungi bilik pameran Honda atau hubungi talian Tol Percuma Honda di 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

New CR-V 2.0L Twillight Blue Metallic

Previous post

Lotus Exige S Terima AutoBox.  Adakah Ianya Perlu?

Next post

Kajian Uji Pandu Audi A3 1.8 TFSI Sedan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *