Lotus Evora 400, Serba Baharu Bagi Tahun 2015.
Lotus Evora 400 baharu adalah supercar yang tulen dan fokus dari Lotus, kombinasi prestasi tinggi dengan benchmark kawalan Lotus. Ianya lebih pantas dan keupayaan yang dinamik berbanding Lotus Evora terdahulu, membawa kepada ketangkasan yang hebat dan lebih melibatkan kepada pemanduan.
Kelajuan maksimum adalah 186 mph (300 km/sejam) dan pecutan 0-60 mph dalam masa hanya 4.1 saat (0-100 km/sejam dalam masa 4.2 saat). Ini membolehkan Lotus Evora 400 baharu ini membuat pusingan di litar ujian yang mencabar di ibupejabat Lotus di Hethel, Norfolk, dengan enam saat lebih pantas daro model terdahulu.
Lebih dua pertiga daripada Lotus Evora 400 adalah baru, termasuk superchargeddan charge-cooled dipasang pada enjin V6 supercharged 3.5 liter yang menghasilkan 400 kuasa kuda dan tork sebanyak 410 Nm. Chasis aluminium baru dimasukkan pada reka dalaman yang baru dan komposit badan yang ringan telah mengubah dengan ketara pada bahagian depan dan belakangnya.
Mengikut pada nilai utama syarikat, bukan saja Lotus Evora 400 baharu ini lebih pantas dari model terdahulu, ianya juga lebih ringan iaitu 22 kg. Ini dapat dicapai dengan rekaan yang pintar dan teliti serta lebih perhatian terperinci. Pengurangan berat ini lebih hebat memandangkan supercar ini lebih berkuasa dan tahap spesifikasi yang tinggi dari sebelumnya.
Lotus Evora 400 baharu ini akan masuk ke peringkat produksi untuk pasaran Eropah pada musim panas dan penghantaran akan bermula pada bulan Ogos tahun ini. Pasaran Amerika Utara akan menerima model Evora 400 sebagai model 2016 pada musim luruh.
Kombinasi produksi bagi semua model Lotus, Elise, Exige dan Evora akan meningkat kepada 70 buah kereta seminggu hingga bulan September 2015 dan tambahan 150 operator dan tukang yang berkemahiran tinggi serta wanita akan diambil bekerja dalam tempoh empat bulan akan datang untuk menampung peningkatan produksi.
Harga akan diumumkan pada masa terdekat dengan tarikh bermula jualan.
No Comment