Berita Auto

Lotus Exige S Terima AutoBox.  Adakah Ianya Perlu?

Lotus Exige yang disukai ramai, dengan kecanggihannya, ekstrusi aluminium dan cantuman casis, komposisi bentuk badan yang ringan dan suspensi race-bred wishbone berganda kini menampilkan pilihan transmisis automatik yang meneruskan profil sporti tanpa kompromi.

Dengan ratio berat dan kuasa 292 hp/tonne yang tiada tandingannya dan prestasi yang cemerlang, dan juga lebih fokus memungkinkan satu pengalaman pemanduan yang cemerlang dengan menambahkan pilihan kotak gear automatik 6-kelajuan.  Panel kawalan automatik diintegrasikan dengan kemas pada tengah konsul di kokpit, dengan butang untuk Parkir, Reverse, Neutral dan Drive yang dikrafkan dengan forged aluminium, pedal manual-shift yang terletak dibelakang stereng cross-spokes, upshifts hanya menambil masa 240miliseconds, dengan kepantasan downshifts dan throttle-blip (apabila dalam mod sport)

Dalam mod manual atau automatik gearshift, model Exige S memberikan pemandu dengan pengalaman pemanduan pantas.  Dalam mod sport, gerakbalas throttle lebih tajam dan Lotus Dynamic Performance Management (DPM) meningkatkan ambang gelincir cengkaman dengan memberikan pemandu lebih kawalan pemanduan sebelum campurtangan diperlukan.  Sistem ini juga membuka ekzos pintas injap enjin pada kelajuan enjin sederhana kepada tinggi.  Pek Pilihan Lumba termasuk mod Lumba, yang mengurangkan campurtangan seterusnya dari DPM.

Jean-Marc Gales, CEO Kumpulan Lotus plc, menjelaskan: “ Penambahan rangkaian Exige, dengan kotak gear automatik baharu, membuka pasaran baru pada mereka yang mahu menggunakan paddle shift dengan alternatif gearshift automatik.  Kami menjangkakan Exige S Automatik akan menjana 1/3 dari jualan total global untuk rangkaian Exige S kerana ramai pemandu akan lebih menghargai penglibatan paddle-shift manual dan kemudahan automatik.”

Disokong oleh enjin V6 supercharged, 345bhp, 3.5 liter, model Lotus Exige S Automatik boleh mencapai 60 mph dalam masa 3.8 saat dan 100km/sejam dalam hanya 3.9 saat.  100 mph (160km/sejam) boleh dicapai dalam hanya lebih 9 saat sebelum mencecah puncak kelajuan sebanyak 162 mph (261 km/sejam); 145 mph (233 km/sejam) untuk Exige S Roadster.  Rating emisi CO2 sebanyak 222g/km cukup rendah untuk mendapatkan potongan cukai dalam pasaran tertentu berbanding dengan model Exige S manual.

Transmisi automatik boleh didapti pada kedua-dua model Exige S dan Exige S Roadster.  RRP tidak termasuk cukai berharga  £1,667 (UK) dan €2,185.  Tempahan boleh dibuat terus.

Lotus_Exige-2

Angka Prestasi:

0-60mph:  3.8 s

0-100kph:  3.9 s

0-100mph (0-160kph):  9.2 s

Max kelajuan 162mph:  261kph

Kuasa kuda:  345bhp / 350PS; 258 kW

Kuasa nisbah Berat:  292 hp / tan (296 PS / tan; 218 kW / tan)

Torque:  295 lbft; 400 Nm

Berat:  1182 kg

Penggunaan dan pengeluaran:

Bandar: 20.9mpg (13.6 liter / 100km)

Tambahan Bandar: 39.2mpg (7.2 liter / 100 km

Gabungan: (gabungan rasmi ) 29.4mpg (9.6 liter / 100 km)

CO2:  222g / km (manual Exige S – 235 g / km)

 

Previous post

Tim F1 Mercedes AMG Petronas 2015 di Jerez

Next post

Honda Memperkenalkan Varian Terkini (2.0L 2WD) Ke Dalam Barisan Model CR-V Baharu. Dari RM135,143.40

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *