Konsep / Lakaran / Intipan

Masa Tidak Rasmi Testing Hari Kedua (Jumaat) Di Barcelona

Berita yang lebih mengejutkan dari Barcelona ialah tentang Räikkönen   yang asyik tersenyum saja kebelakangan ini.

Team Principal Maurizio Arrivabene: “Saya bertanya kepada beliau, U’re Okay? Apa yang anda buat ni? ”

Kimi Räikkönen: “Ya fine..Saya memang seorang mekanik.”

10995869_1649117921982750_6927822253726028864_n

Arrivabene mengatakan dia telah melihat perubahan dalam Räikkönen yang biasanya seorang pendiam  bergurau mengatakan mungkin Si Finn ini dah “sakit” kerana dia tersenyum begitu banyak. Dia mempunyai masalah tahun lalu, kerana beliau tidak serasi dengan keretanya, terutamanya bahagian hadapan. Ia bukan sebuah kereta yang telah diubahsesuaikan dengan gaya Kimi. Tapi sekarang beliau menunjukkan yang dia berasa kereta yang baru ini lebih baik dan dia tersenyum. Ini adalah sangat, sangat pelik. Ia adalah scoop sebenar hujung minggu ini. Kimi sendiri juga ada kelihatan menggodek-godek sesuatu dikeretanya. Ini adalah suasana dalam pasukan sekarang, semua terpegun melihat dia sebegitu dan mendengarnya bercakap dan bercakap dan bercakap banyak. Saya ingat dia sakit tetapi tidak. Ia hanya semangatnya dan saya yakin tahun ini Kimi boleh menunjukkan tahap sebenar beliau. Motivasi Kimi tinggi sekali dan dia sangat baik dengan team mate barunya Sebastian Vettel dan ini adalah hebat sekali. ”

11016079_1649117968649412_3681321672096853045_n

Esuk giliran Sebastian Vettel testing dua hari.

 

Previous post

Infiniti QX30 Compact SUV menyaingi Audi Q3 & Mercedes GLA

Next post

Apple Rancang Untuk Mencabar TESLA dengan Kereta Elektriknya Sendiri

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *