Nissan Mendedahkan Konsep 370Z NISMO Roadster
Rasanya Nissan 370Z sudah wujud sejak beberapa tahun lalu. Walaupun ianya telah menggantikan model 350Z sebelum ini, ianya lebih kepada pembangunan chasis dari 350Z menggunakan maklumbalas dari pemilik dan pelumba. Hasilnya lebih kukuh dan elok dari kereta sebelumnya dan selama kurang 7 tahun ianya berjaya mengekalkan popularitinya.
Tetapi sudah tentu NISMO sentiasa mencari untuk mengembangkan jenama mereka. Di Chicago Auto Show 2015, konsep 370Z NISMO Roadster telah diperkenalkan, satu kajian rekaan yang dicipta untuk mengukur minat pasaran dalam factory Z Roadster yang ulung. Direka untuk memberikan yang terbaik untuk kedua dua – pemanduan terbuka yang menyeronokkan daripada standard 370Z Roadster dan gaya perlumbaan yang diilhamkan dan prestasi dari 370Z NISMO Coupe – ianya menampilkan enjin unik, suspensi, ciri-ciri luaran dan dalaman versus model standard Nissan 370Z Roadster, termasuk 350 hp 3.7 liter V6 dan suspensi NISMO-tuned.
Ini adalah konsep yang agak menarik kerana ianya menimbulkan persoalan dari pasaran roadster. Secara amnya, model roadster lebih kepada gaya hidup oriental dengan pemanduan hebat, tetapi mengkhususkan pada kuasa atau pengawalan cengkamannya. Model MX-5, yang dianggap sebagai salah satu model roadster yang terbaik sepanjang zaman, bukanlah sebuah model yang mempunyai kuasa kuda yang tinggi atau cengkaman yang besar. Ianya fokus kepada kepada keseimbangan dan pengalaman memandu – oleh itu model roadster berkuasa tinggi ini mungkin bukan pilihan pembeli roadster yang konvensional.
Rumusannya, model 370Z lebih dirasakan seakan kereta GT dari senjata untuk B-road. Ianya lebih besar dan pemandu tidak mendapat pemandangan luar yang baik. Enjinnya lebih sederhana kuasanya – mengikut karektor GT. Tetapi ianya nampak segak, dan lebih pantas dari sebarang ukuran. Walaupun ianya akan masuk produksi, 370Z NISMO Roadster tak mungkin sampai ke sini – tetapi masih menjadi satu inspirasi kepada pemilik 370Z Roadster di luar sana yang mahukan kelebihan tambahan.
No Comment