Pengangkutan Drones Bakal Tiba
Dikawasan luar dari Stuttgart, Kota Jerman di mana Gottlieb Daimler mencipta automobil 129 tahun dahulu, sekumpulan jurutera mempunyai visi masa depan di mana orang ramai tidak memiliki atau memandu kereta mereka.
Sebaliknya, beberapa dozen ahli perniagaan Daimler dari unit inovasi sedang memikirkan bagaimana anak-anak pelanggan mereka masa itu akan menggunakan produk pembikin kereta. Itu bermaksud semuanya termasuk dari perkongsian-kereta di bandar mega China hingga ke percetakkan 3-D untuk peralatan kereta klasik, pakej penghantaran drones dan konsep kereta tanpa pemandu yang juga sebuah lounge mewah.
Mengkaji apakah penggunaan terbaik bagi automobil telah menjadi satu keperluan untuk syarikat bila lebih ramai pemandu bertanyakan soalan konsep tradisional pemilik persendirian. Apabila pengangkutan berkembang dari produk kepada perkhidmatan, perubahan ditetapkan sepertimana Google, Uber dan Tesla Motors memaksa Daimler untuk bertindak dan membuat ramalan berani tentang masa depan mobiliti.
“Sebagai pencipta automobil, kami melihat peranan kami dalam mencipta semula kereta untuk masa depan,” kata Dieter Zetsche, CEO Daimler dalam satu tembubual. Perubahan ini sangat menerujakan, tambah beliau, dan auto masa depan akan “berbeza sama sekali dari kenderaan yang ada sekarang selama 10 hingga 20 tahun dahulu.”
Daimler mempunyai kedudukan yang unik dalam industri auto. Syarikat itu membuat hampir apa saja dengan kenderaan dan enjin, termasuk kereta penumpang, trak pengantaran dan bas bandar. 3 titik bintang pada Mercedes mewakili matlamat pengasas tentang industri pemotoran di darat, laut dan udara.
No Comment