Berita Auto

Review Ringkas Hyundai Sonata Model 2015

Hyundai mempertimbangkan Sonata sebagai salah satu dari modelnya yang paling penting.  Kerana itu mereka mengerahkan bahagian kejuruteraan mereka bekerja keras dalam pembangunan lelaran terbaru mereka.  Jika anda tertarik dengan Sonata terdahulu, bersedia lah untuk teruja dengan Hyundai Sonata 2015 dan ciri-cirinya.

Hyundai-Sonata-interior3

Peningkatan Audio

Hyundai Sonata 2015 akan menampilkan antara sistem audio paling canggih yang terdapat dalam kelasnya.  Lagu kegemaran anda lebih hebat didengar, terimakasih kepada premium speaker dan sistem stereo yang berkuasa. Dan ciri-ciri ini adalah standard bagi model ini.

But Pintar

Ciri-ciri But Pintar nampak seperti peningkatan kecil, tetapi jika anda mengunakannya, ia terbukti sebagai salah satu dari ciri-ciri baru yang memudahkan untuk jangka masa panjang.  Jika anda tak cukup tangan untuk membuka but, anda hanya perlu berdiri belakang but untuk beberapa saat, dan ia akan secara automatik terbuka sendiri.

Hyundai-Sonata-interior1

Peningkatan Premium

Genesis adalah sedan mewah Hyundai, tetapi banyak ciri-ciri popular yang terdapat pada model ini, kini adalah standard pada Sonata baharu.  Pemandu pasti akan suka dengan kawalan perjalanan adaptif dan lampu tinggi automatik.  Sonata baharu ini juga akan menampilkan antara yang terbaik ciri-ciri keselamatan yang ada termasuk amaran awal pelanggaran, amaran trafik belakang, amaran pertukaran lorong, dan sistem monitor blind spot.

Bersedia untuk Teruja

Tiada perkara yang terlepas pandang dalam pembangunan peningkatan model ini.  Sonata 2015 ini dijual pada harga yang berpatutan, tetapi menawarkan ciri-ciri yang pemandu selalunya kena membayar lebih untuk mendapatkannya.

Hyundai-Sonata-interior

Previous post

Toyota Fortuner Dikemaskini Untuk Tahun 2015

Next post

Tawaran Hebat Toyota Untuk Sambutan Tahun Baru Cina

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *