Berita Auto

Scania Dan Michelin: Pasangan Terbaik Menyampaikan Prestasi Unggul Dalam Kapasiti Beban Berat, Ekonomi Bahan Api Dan Keselamatan

Bukit Jelutong, Shah Alam, Februari 18, 2015 – Pertandingan Pemandu Scania (SDC) adalah satu satunya pertandingan berprestij bagi pemandu trak dan bas di Malaysia kerana ia menguji kemahiran memandu tahap cemerlang berlandaskan kriteria penghakiman yang tegas. Piawaian mencabar edisi 2014/2015 menjadikan pertandingan ini lebih sengit lagi dengan penyertaan pemandu trak dan bas dari Singapura yang tidak kurang cekapnya, dan akan memperhebatkan lagi pertandingan ini. MICHELIN, peneraju teknologi tayar antarabangsa yang melengkapi pengeluaran bas dan trak Scania, akan kembali sebagai Penaja Rasmi SDC buat kali keempat sejak julung kalinya pertandingan diadakan di Malaysia, demi mengatasi taraf pencapaian yang mengasyikkan pada edisi SDC tahun lepas. “Pemilihan tayar yang sesuai dengan kenderaan berkuasa Scania amat penting untuk membantu pemandu yang diamanahkan untuk menghantar barangan berat termasuk yang berbahaya, dan juga penumpang, dapat mengekalkan prestasi terbaik. Dengan tayar MICHELIN, pemandu Scania diberi jaminan kawalan atas jalan raya yang terhandal untuk menjaga keselamatan dan ekonomi bahan api sepanjang perjalanan. Tayar MICHELIN yang inovatif memenuhi segala keperluan Scania demi mengecapi kepuasan menyeluruh,” kata Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Beltran Yturriaga. DSC_9901 Jelas terbukti mutu tayar amat mempengaruhi keberkesanan brek dalam keadaan kecemasan. Semua pemandu mahir akui bahawa kenderaan yang dipasang dengan tayar MICHELIN bertindak dengan segera dan efektif dalam jarak yang memuaskan dari sebarang halangan di jalan raya. “Kami amat teruja dapat sekali lagi menyumbang dalam pertandingan berprestij ini dan tekad memberi sokongan padu kepada Scania untuk mempromosikan kecekapan pemandu kenderaan keluarannya, sekali gus meningkatkan taraf keselamatan dalam industri pengangkutan di Malaysia,” ujar Beltran. Bermula 2003, lebih 100,000 pemandu dari 50 negara telah mengambil bahagian dalam inisiatif meningkatkan status pemandu di seluruh dunia ini. “Pemandu merupakan aset yang paling penting bagi pengusaha syarikat bas dan trak dalam usaha memastikan pemanduan cekap bahan api dan selamat,” kata Ian Tan, Pengurus Pemasaran dan Komunikasi, Scania Asia Tenggara. “Kami gembira MICHELIN sependapat dengan kami dalam menuntut falsafah ini. Dengan adanya tayar MICHELIN, seseorang pemandu dapat menyerlahkan prestasi terbaik semua kenderaan Scania.” DSC_9890 Hadiah sejumlah RM50,000 menanti untuk dimenangi. Borang penyertaan boleh didapati dari www.scania.com.my dan di semua cawangan Scania Malaysia, dan perlu diisi dan diserahkan sebelum 31 Mei 2015 di cawangan Scania atau melalui smyenquiries@scania.com. Peserta yang berjaya masuk senarai pendek untuk kedua-dua kategori yang dipertandingkan akan bersaing untuk dinobatkan juara dalam ujian praktikal menjelang Ogos 2015 nanti. Semua pemandu trak dan bas di Malaysia dan Singapura layak memohon menjadi peserta SDC 2014/2015 (Terma dan Syarat No. 9 dalam borang penyertaan tidak dikenakan lagi). Para peserta diberi peluang berlatih dan menguji kemahiran masing-masing di  Pertandingan Kecil Pemandu Scania 2015 di tapak Scania dalam ruang pameran Malaysia International Bus Truck and Components (MIBTC) dari 14 hingga 16 Mei, 2015. Pemandu trak dan bas bertauliah, dan juga orang ramai yang mempunyai lesen memandu sah, dipelawa untuk menguji kemahiran dalam mengharungi pelbagai halangan lalu lintas untuk memenangi hadiah menarik! Rakan rasmi SDC juga termasuk Scania Credit Malaysia, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Kedutaan Sweden di Malaysia. DSC_9812

Previous post

Lotus Evora 400, Serba Baharu Bagi Tahun 2015.

Next post

Perkembangan Terkini Fernando Alonso

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *