Suzuki Akan Meningkatkan Rangkaian Keluaran Eropah Dengan 2 Model Baharu
Suzuki akan perkenalkan dua konsep kereta baharu Di Geneva Auto Show bulan depan. Versi produksi konsep ini akan menjadi ‘rangkaian kereta tambahan”. Media melaporkan versi produksi untuk iM-4 akan menggantikan Jimny, tetapi jurucakap mereka berkata pembikin auto akan memberi maklumat terkini tentang Jimny memenuhi standard emisi Euro 6 baharu.
Buat masa ini kereta baharu ini diberi nama kod iK-2 subkompak hatchback. Ianya akan ditampilkan bersama model Swift subkompak, jenama nombor satu di Eropah.
Model seterusnya adalah iM-4 subkompak SUV. Ianya akan mempamerkan model baharu yang akan dijual bersama SX4 S-Cross dan Jimny crossovers.
Suzuki akan keluarkan Vitara subkompak crossover bahari di Eropah bermula bulan Mac ini. Vitara akan dijual seluruh Eropah manakala model yang lebih besar SX4 subkompak crossover akan dijual di pasaran terpilih, termasuk Jerman. Penjualan Suzuki meningkat 7 persen kepada 162,828 di pasaran EU dan EFTA tahun lepas, menaikkan pasaran saham jenama itu dari satu persen kepada 1.3 persen, menurut persatuan industri ACEA.
Penjualan Swift di Eropah menurun kepada 3 persen kepada 49,842 dalam tahun 2014, menurut data dari JATO Dynamics. Penjualan Jimny naik sebanyak 2 persen kepada 10,835. Penjualan SX4 kurang separuh kepada 13,955, manakala jumlah SX4 C-Cross meningkat hampir empat kali ganda kepada 39,208 unit, menurut angka yang ditunjukkan oleh JATO.
No Comment