Gaya Hidup / Lifestyle

Tripda Gesa Pemandu untuk Berkongsi Kereta Pada Musim ‘Balik Kampung’ Ini.

Tripda, sebuah platform kongsi kereta online yang berhubung dengan pemandu kereta dan penumpang yang menuju ke destinasi sama menggesa semua pemandu yang balik ke kampong masing-masing pada musim perayaan ini untuk berkongsi kereta dan membantu mengurangkan kesesakan di lebuhraya.

Menurut pegawai PLUS, jumlah trafik di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan dijangkan akan mencapai 1.5 juta kenderaan pada hari kemuncak – 18 dan 19 Februari 2015 dan juga 21 dan 22 Februari 2015.

Tripda-Carpooling-reduces-traffic-congestion-travel-costs-carbon-footprint

Tripda percaya bahawa berkongsi kereta adalah cara paling pantas untuk mengurangkan kesesakan trafik di lebuhraya dan dapat mengurangkan kos perjalanan dengan pemandu dan penumpang berkongsi kos.. “Jumlah trafik boleh dikurangkan dengan banyak sekali jika kenderaan yang hanya dinaiki oleh seorang berkongsi kereta menuju ke destinasi yang sama,” kata Victor Ang, Pengurus Tripda Malaysia. “penumpang perseorangan dalam satu kenderaan di Lembah Klang adalah lebih 70% dari jumlah kenderaan dijalan setiap hari,” tambah Ang.

Perkongsian kereta menggunakan platform Tripda adalah selamat dan mudah.  Pengguna boleh memuat turun aplikasi Apple Store atau Google Play dan juga mengakses Tripda melalui lamanweb www.tripda.com.my. Untuk menikmati kemudahan Tripda, pengguna juga perlu mendaftar di Facebook untuk menawarkan penumpang atau mencari penumpang dengan meletakkan tarikh perjalanan dan destinasi.

Buat masa ini perkhidmatan Tripda adalah percuma untuk semua.  Pengguna boleh cari penumpang atau untuk menumpang untuk menjimatkan kos, mengurangkan kesesakkan trafik dan juga menjaga alam sekitar dengan mengurangkan emisi karbon.

tripda_logo-color-MY

Previous post

Hyundai-Sime Darby Motors dikurniakan Anugerah Presiden BrandLaureate 2014-2015

Next post

Terengganu Prihatin Pembonceng Naik Motosikal Dengan Bukan Muhrim

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *