Berita Auto

Aston Martin Umum Trek-Sahaja 800+ bhp Supercar Vulcan

Sekarang adalah musim memperkenalkan supercar dan hypercar untuk trek-sahaja.  Ferrari baru saja melancarkan model FXXX mereka beberapa minggu lalu dan McLaren sedang mempersiapkan model P1 GTR untuk produksi di Geneva.  Kereta ini adalah yang terbaik antara yang terbaik, direka untuk dipandu di trek sahaja dan diselia teliti oleh pengeluar mereka.

Aston-Vulcan-4

Nampaknya, Aston martin juga telah bersedia untuk turut sama dengan model Vulcan serba baharu mereka. Ianya adalah untuk supercar atas trek-sahaja yang tidak mengikut peraturab penghomologan seperti GT3, tetapi mempunyai sisi tajam dan tegar hingga ianya tidak mungkin boleh berfungsi dengan baik sebagai kereta di atas jalan.  Kereta Vulcan ini terhad kepada 24 buah seleuh dunia, menjadikan ianya sebuah kereta yang sangat sukar didapati untuk dibeli atau dimilikki.

Aston-Vulcan-1

Seperti yang dijangkakan, bahan gentian karbon digunakan kebanyakkannya pada Vulcan.  Tapi yang paling menarik adalah enjinnya, iaitu V12 block yang terkenal, tetapi dinaikkan kepada kapisiti 7.0 liter.  Output kuasa tidak didedahkan, tetapi pemilik di rantau ini boleh mengharapkan lebih dari 800 bhp.  Enjin dipasang didepan-tengah, dan ini dapat dilihat pada bonet yang memanjang pada depan kokpit.  Kuasa pada ratio berat sebuah Vulcan dikatakan melebihi kereta GTE yang bertanding dalam Kejohanan Ketahanan Dunia.

Aston-Vulcan-5

Monocoque (gentian karbon) dan badan (gentian karbon juga) dibina oleh Multimatic – rakan kongsi lama Aston Martin yang pakar dalam kerja-kerja gentian karbon. Terdapat perbezaan gelincir, dipacu oleh shaft ringan (lebih gentian karbon), dan angkup Brembo yang mengetatkan kawalan ke atas cakera seramik.  Kotak gear adalah 6-kelajuan berjujukan daro Xtrac- syarikat yang sama membekalkan drivetrain untuk model Satria Neo S2000 kereta rali dari Proton.  Supension pushrod untuk trek dengan anti-dive geometri dikomplemenkan oleh Dynamic Suspension Spool Valve (DSSV) peredam laras Multimatic dan anti-roll bar pada bahagian depan dan belakang, pelaras-pemanduan brek anti-kunci, dan kawalan cengkaman pembolehubah.   Peraturan Keselamatan FIA secara semulajadi dipatuhi Vulcan.

Prestasi data, bersama maklumat teknikal lebih mendalan tentang kereta supercar atas trek-sahaja yang ultra-eksklusif ini akan diperkenalkan dalam masa terdekat dengan tarikh kemunculan pertama kalinya di trek lewat tahun ini.  Aston martin Vulcan ini akan muncul buat pertama kali di seluruh dunia di Geneva International Motor Show yang ke 85 di tempat pameran jenama baru (Dewan 5 Stand 5253) pada pukul 10.15am, hari Selasa, 3 Mac.

Aston-Vulcan-3

Previous post

Model Baharu Audi R8 DiPerkenalkan Sebelum Geneva Motorshow

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Sixth Sense – ‘Hari Ini Dan Semalam’

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *