General Motors Menghentikan Produksi Sonik di Thailand
General Motors baru saja mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan pembuatan kereta jenama GM di Indonesia dan juga akan menamatkan produksi Chevrolet Sonic di Thailand pada pertengahan 2015. Sementara itu GM masih menjual kereta seperti Cruze sedan dibeberapa kawasan di Asia Tenggara, persaingan hebat pasaran baru untuk pembikin auto dunia, mereka akan beralih fokus untuk memasarkan SUV dan trak pick-up ‘Warisan Amerika’ seperti Trailblazer dan Colorado.
Penstrukturan yang dikendalikan dibawah Timbalan Presiden, Stefan Jacoby, yang menyelia pasaran di luar Amerika, Eropah dan China menandakan satu penarikan dari Asia. Sementara perniagaan semakin meningkat di China, pasar auto terbesar dunia, GM menghadapi kesukaran di kawasan lain yang terlibat dalam unit operasi antarabangsa mereka, yang tidak termasuk China.
GM telah memberi isyarat kos penyusunan semula keseluruhan adalah kira-kira USD700 juta pada tahun ini, dan berkata bulan lepas, ia dijangka satu prestasi gabungan operasi yang bertambah baik dari unit Operasi Antarabangsa Jacoby ini.
Kilang GM di Thailand di Rayong, bandar industri di timur selatan Bangkok, akan menurunkan kapisiti tahunan dari yang terkini pada 180,000 buah kenderaan. Syarikat itu tidak menjelaskan lebih lanjut, tetapi berkata akan memulakan ‘voluntary separation program’ untuk pekerja mereka. secara total, pekerja GM adalah seramai 3,200 orang di Thailand.
No Comment