Berita Auto

Hyundai Veloster Turbo Tiba Dengan Harga Dari RM150,000

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini telah membuka tempahan bagi Veloster Turbo 2016 yang diperbaharui dan dijangka untuk tiba di Malaysia pada pertengahan April tahun ini.

Hyundai-Veloster_Turbo_5

Diimport sepenuhnya dari Korea, Veloster Turbo adalah versi turbocharge Hyundai sporti coupe 1+2 pintu yang unik.  Kenderaan pertama Hyundai menggunakan enjin 1.6 liter T-GDI bercirikan mampatan tinggi, skrol berkembar turbocharger digabungkan dengan sistem GDI.  Enjin 1.6 liter empat-silinder Gamma adalah enjin paling kecil dari Hyundai yang menggunakan suntikan langsung.  Teknologi ini membantu berikan lebih kuasa, kecekapan hebat, emisi rendah dan keupayaan tinggi.  Enjin T-GDI tawarkan penghantaran kuasa serta merta iaitu 186 hp dan tork 265Nm.  Dipasangkan dengan prestasi transmisi automatik 7 kelajuan dual-kluc, Veloster Turbo baharu ini semestinya memberikan keseronokan memandu.

Selain dari enjin baharu, Veloster Turbo mendapat penampilan yang lebih sporti.  Antara ciri-ciri baharu yang menarik adalah pengambilan enjin sport-tuned dan not ekzos, fascia depan baharu, roda aloi 18 inci baharu, lampu depan projektor dengan LED, lampu belakang LED, kerusi sporti dalam dua tona warna dan warna baharu menarik termasuk warna edisi terhad Hyundai, Matte Grey.  Maklumat lanjut tentang spesifikasi kereta akan didedahkan semasa pelancaran nanti.

Veloster yang pertama kali dilancarkan di Malaysia pada 2012, dengan pantas menempa nama sebagai kereta dinamik dan menyeronokan.  Kereta unik 1+2 pintu ini menggabungkan gaya coupe dengan fungsi hatchback, dan tambahan pintu kerbside.  Versi turbo ini akan memberikan lebih keseronokkan dan pengalaman memandu yang diperbaharui. “Veloster Turbo akan terus tumpukan pada kehendak pemandu yang mencari kombinasi sempurna gaya coupe, enjin berkuasa tinggi dan cekap serta ciri-ciri yang praktikal,” kata Mr. Lau Yit Mun, Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors.

Harja jualan dijangka bermula dari RM150,000 (*Harga termasuk GST tanpa insuran)

HSDM tawarkan waranti tambahan 5 tahun atau 300,000km (mengikut yang mana satu berlaku dulu) pada semua kenderaan penumpang baharu mereka.  servis bantuan 24 jam juga disediakan kini untuk kenderaan baharu dan sedia ada Hyundai.  Unutk maklumat lanjut atau membuat tempahan, sila lawati pusat jualan terdekat atau hubungi Careline Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000.

Hyundai-Veloster_Turbo_6

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Rihanna / Calvin Harris 'We Found Love'

Next post

Edisi Toyota Altis Nürburgring Hanya Untuk Thailand

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *