Berita Auto

Jaguar-Land Rover – Menggoda Dengan XF & Range Rover Baharu

Land Rover telah mengeluarkan imej pertama versi baru jenama perdananya Range Rover yang akan dipamerkan buat pertama kali di New York Auto Show pada bulan April.

RangeRover-0

Menurut Land Rover, ini akan menjadi “Range Rover yang paling mewah yang pernah dihasilkan”, tetapi selain estetika kereta, tiada apa lagi yang kita tahu. Daripada gambar apa yang kelihatan dalaman kereta betul-betul mewah sebagaimana yang Land Rover inginkan. Terdapat juga tanda-tanda bahawa bahagian luar mungkin didapati dalam kemasan two-tone, dengan ekzos quad.

RangeRover-3

Anak syarikatnya, Jaguar juga telah mengambil peluang ini untuk menggoda kami dengan imej XF baru menjelang debut rasmi dengan satu gambar dalaman dan aerial turut diterbitkan.

JaguarXF-2

Dengan badan yang direka semula sepenuhnya, XF 2016 ini adalah, seperti kata Pengarah Design Ian Callum, “kereta yang tercantik di dalam kelasnya.”

JaguarXF-1

Bahagian dalaman memperlihatkan trim kayu, aksen hitam piano dan stereng roda cabang tiga. Kereta ini dijangka meneruskan platform iO [Al], yang mempunyai banyak aluminium dan akan memberikan, sekurang-kurangnya mengikut varian kereta, penarafan kecekapan bahan api sebanyak 4.0L / 100km, menurut Jaguar.

 

Previous post

Polo Akan Diberi Wajah Baru, Penampilan ‘Golf-ier’

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Rihanna / Calvin Harris 'We Found Love'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *