Berita Auto

Menangi KIA Cerato 2.0 dalam Jelajah Pandu Uji KIA 2015 

Jelajah Pandu Uji KIA (Test Drive KIA on Tour) (TDKOT) kembali lagi tahun ini dengan tawaran yang lebih menarik-Sebuah Cerato 2.0 untuk seorang pemenang bertuah.

Dalam kenyataannya, NAZA KIA Malaysia Sdn Bhd, Pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia, mengumumkan, pelanggan yang membuat tempahan atau memandu uji kenderaan KIA dalam siri jelajah berkenaan, akan berpeluang memenangi sebuah Cerato 2.0 sebagai hadiah utama.

Siri Jelajah Pandu Uji KIA (TDKOT) tahun ini akan bermula di East Coast Mall Kuantan, Pahang Darul Makmur dari 12hingga 15Mac 2015 dan akan berlangsung selepas itu di beberapa pusat membeli belah terkemuka seluruh Malaysia.

TDKOT2014_Logo-01

Ketua Pegawai Operasi NAZA KIA Malaysia Sdn Bhd, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, dalam satu kenyataan berkata, “Jelajah Pandu Uji KIA tahun ini diharap dapat memberi pengalaman memandu kenderaan KIA kepada masyarakat di seluruh Malaysia, dan berharap lebih ramai penggemar KIA dapat mengenali dengan lebih dekat produk-produk KIA yang kini berada di pasaran seperti KIA Cerato, Picanto, Rio, Optima K5, Sorento and Sportage”.

Pada Jelajah Pandu Uji KIA, pelanggan-pelanggan yang menempah dan mendaftar kenderaan KIA akan berpeluang mendapat tawaran-tawaran istimewa yang telah disediakan.

Menurutnya lagi, Jelajah Pandu Uji KIA adalah acara tahunan KIA yang telah dianjurkan sejak tahun 2011 lagi dan kali ini ia dimulakan di Kuantan bersempena sambutan Ulang Tahun Pertama Red Cube KIA di Kuantan.

Selain itu, Menurut Datuk Syed Abdull Hafiz lagi, Red Cube KIA Kuantan juga menganjurkan promosi untuk jualan dan servisnya, termasuk diskaun untuk 10% alat ganti, Pemeriksaan Percuma kenderaan KIA (MPI) serta hadiah menarik menanti pelanggan-pelanggan pada setiap Sabtu pada bulan Mac ini.  Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran di Red Cube Kia Kuantan, sila hubungi pusat pameran di talian 09-5660088 dan pusat servis di talian 09-5667788.

Orang ramai dijemput untuk datang beramai-ramai bagi turut serta dalam pelbagai acara termasuk pandu uji kenderaan KIA yang telah diaturkan disamping berpeluang membawa pulang pelbagai tawaran menarik dari KIA.

Kia Logo

 

 

 

Previous post

General Motors Menghentikan Produksi Sonik di Thailand

Next post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Steppenwolf 'Born To Be Wild'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *