Berita Auto

Pasaran Asia Akan Menerima Model Besar SUV Renault

Renault telah mengeluarkan beberapa maklumat awal tentang segmen-D SUV terbaru mereka selepas model Kadjar, yang baru dilancarkan baru-baru ini.

Renaultsuv-21

Naib Presiden Kanan Pemasaran Renault, Michael Van der Sande berkata, SUV dengan tujuh tempat duduk akan mengikut strategi nama yang sama yang digunakan pada Captur dan Kadjar. Ini bermakna ianya akan bermula dengan ‘C’ atau ‘K’, dan kemungkinan nama ‘Koleos’ adalah penyelesaiannya.  Ianya tidak akan menjadi rangkaian teratas kerana Renault akan meletakkan model baharu ini dibawah model Espace yang akan kekal menjadi range-topper mereka.

Renaultsuv-1

Ia terutamannya akan mensasarkan untuk pasaran Asia dan kebanyakannya akan dijual di Negara-negara dimana model Espace tidak dikomersialkan.  Renault berjanji ianya bukan saja lebih besar seperti Kadjar kerana mereka mensasarkan jenis pembeli yang berbeza dan beberapa bahagian kereta itu akan diubahsuai dan kedudukan memandu yang lebih tinggi.

Sumber membuat spekulasi bahawa SUV tujuh-tempat duduk dari Renault ini berukuran 5 meter panjang dan menggunakan platform CMF sama seperti Nissan X-Trail.

Renaultsuv-4

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Talking Heads – ‘Once In A Lifetime’

Next post

Perlumbaan Di Jerman Musim 2015 Dibatal

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *