Perlumbaan Di Jerman Musim 2015 Dibatal
Grand Prix Jerman telah dipotong daripada kalendar Formula 1 untuk tahun 2015, meninggalkan hanya 19 perlumbaan.
Hockenheim menjadi tuan rumah acara itu pada tahun 2014, dimenangi oleh Nico Rosberg, tahun ini sepatutnya diganti oleh Nurburgring. Walau bagaimanapun, Nurburgring telah bertukar milik dan pemilik baru enggan membayar yuran tuan rumah untuk perlumbaan 19 Julai.
Hockenheim, yang mempunyai kontrak untuk 2016, telah diminta mengambil alih tetapi pegawai-pegawai trek gagal untuk bersetuju dengan terma-terma komersial bos F1 Bernie Ecclestone.
Kali terakhir Jerman tidak hadir dikalendar F1 ialah pada tahun 1960.
No Comment