Petron Utamakan Pelanggan Dengan Kempen ‘Fuel Happy’
Andalah keutamaan kami! Ini adalah janji dan komitmen Petron kepada semua pelanggannya dengan pelancaran kempen baru di stesen-stesen servis miliknya. Dengan nama ringkas Fuel Happy, kempen yang menjanjikan “pengalaman Petron” pastinya memuaskan dan memberi manfaat dalam cara yang unik untuk setiap pelanggan.
Sejak memasuki pasaran Malaysia tiga tahun lalu, Petron telah memberikan keutamaan kepada kepuasan pelanggan, produk dan perkhidmatan yang inovatif serta hubungan bermanfaat. Ini membentuk pengalaman bersama Petron dan merupakan titik tolak untuk kempen Fuel Happy.
Sempena Kempen Fuel Happy, Petronakan memberikan pelanggan hadiah istimewa di setiap minggu sepanjang bulan bermula pada bulan April hingga Disember 2015 di stesen-stesen yang mengambil bahagian. Apabila ditanya mengenai hadiah istimewa, Ketua Jabatan Dagangan Runcit Pn Faridah Ali berkata “Untuk itu pelanggan perlu pergi sendiri ke stesen kami bagi mengetahuinya.”
“Melalui Fuel Happy, kami menyasarkan untuk mengukuhkan dan meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan di setiap stesen kerana kami berusaha untuk menjadikan Petron jenama pilihan,” kata Pn Faridah. “Sudah pastinya kami mempunyai bahan api bertaraf dunia, namun apa yang membezakan Petron adalah perkhidmatan istimewa yang lebih dekat dengan dengan pelanggan-pelanggan, mereka boleh merasai pengalaman ini setiap kali mereka pergi ke stesen kami.”
Fuel Happy diperkenalkan tepat pada masanya setelah Petron selesai melaksanakan program penjenamaan semula dan penaiktarafan. Setakat ini, 550 stesen, yang sebelum ini adalah Esso dan Mobil, kini membawa warna merah dan biru Petron yang berbeza, telah dinaik taraf kemudahan, dan yang paling penting menawarkan bahan api premium syarikat tersebut dan perkhidmatannya yang inovatif.
“Kami sedang memasuki fasa yang menarik kerana stesen yang baru diubah menjadi lokasi pertemuan dimana kami menjadi sebahagian dalam kehidupan seharian pemilik kenderaan disamping berkongsi pengalaman Petron dengan mereka,” tambah Pn Faridah.
Semua stesen Petron menawarkan pelanggan perkhidmatan yang lebih personal seperti membersihkan cermin depan dan mengilatkan tayar untuk perjalanan yang mudah dan selesa.
Petugas perkhidmatan yang mesra dan terlatih bersedia untuk membantu pengguna jalan raya, walaupun semasa kecemasan kerana semua stesen Petron telah menyertai projek kerajaan iaitu “United Against Crime”. Stesen-stesen yang baru dijenamakan semula juga sentiasa bersih dan terang bagi memastikan keselamatan pelanggan.
Bagi menambah keceriaan, Petron telah menjalin usahasama dengan pemilik kedai kopi tempatan untuk menawarkan kopi yang dibancuh segar untuk pelanggan ketika mereka menerokai Malaysia dan melalui bandar-bandar di Ipoh, Johor Bahru, Kuantan, Kuala Lumpur, Kampar dan Pulau Pinang.
Fuel Happy dijangka menjangkau lebih ramai pelanggan dengan program peluasan rangkaiannya. Petron menyiapkan 10 stesen pada 2014 dan 20 lagi sedang dalam pelbagai peringkat pembinaan. Ia kini mempunyai 560 stesen minyak di seluruh negara.
Syarikat berkata kempen Fuel Happy adalah salah satu cara bagi mengucapkan terima kasih kepada hampir 2 juta ahli setia Petron Miles yang memperoleh mata untuk setiap transaksi. Ini juga termasuk lebih 4,000 akaun korporat di bawah Kad Petron Fleet – kad pengangkutan pertama di negara ini yang menggunakan teknologi mikrocip – yang kini mendapat manfaat daripada keselamatan yang lebih baik dan pengurusan pengangkutan.
“Fuel Happy benar-benar sebagai tanda terima kasih kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang mempercayai kami dan kekal setia hingga ke hari ini. Salah satu cara kami menunjukkan penghargaan kami adalah untuk membuatkan mereka mereka memandu keluar dari stesen Petron dengan senyuman di wajah mereka, “Pn Faridah membuat kesimpulan.
Untuk maklumat lanjut bagaimana Petron mencetuskan kegembiraan, sila layari laman Facebook Petron Malaysia.
No Comment