Berita Auto

Rancangan USD1.89 Bilion Oleh Hyundai Motor Co.

Hyundai Motor Co. merancang untuk membelanjakan sekitar $1.8 bilion hingga tahun 2020 sebagai satu serangan besar-besaran dalam kenderaan komersial, termasuk memasukki perlumbaan di Amerika untuk menyaingi saingan mereka dalam pasaran global yang semakin pantas meningkat. Hyundai, pembikin auto nombor 5 didunia bila dipasangkan dengan Kia Motors Corp, telah mensasarkan pasaran yang mereka lihat meningkat hampir 30 peratus setiap lima tahun seterusnya. Dalam tahun 2014, penjualan kenderaan komersial mereka jatuh di tempat mereka sendiri, di China dan tempat-tempat lain.

Langkah pengembangan ini memerlukan Hyundai melabur sebanyak 400 bilion won ($363.13 juta) untuk meningkatkan produksi van, trak dan bas di Korea hingga tahun 2020, dan ianya telah memperuntukkan 1.6 trilion won untuk penyelidikan dan pembangunan dalam kenderaan hingga akhir dekad ini.

i30a

Mengikut kenyataan yang dibuat oleh Hyundai Isnin lalu, juga dinyatakan rancangan untuk memperkenalkan ‘model premium di Amerika Utara dan Eropah’, tanpa memberikan jangkamasa atau maklumat lain.  Hyundai kehilangan saham dalam pasaran kenderaan keseluruhannya tahun lepas di Amerika, sebahagiannya kerana mempunyai trak pickup dan SUV yang makan minyak – segmen yang melonjak dalam populariti apabila harga minyak jatuh.  Amerika adalah pasaran kedua terbesar Hyundai selepas China.  Untuk melancarkan kenderaan komersial di sana dan mencabar saingan yang telah bertapak disana akan memakan masa, menurut para analisis.

“Hyundai dan Kia perlu meningkatkan perniagaan kenderaan komersial mereka yang lemah untuk mencapai kapisiti produksi tahunan mereka iaitu 10 juta kenderaan, dari 8 juta kenderaan buat masa ini,” kata penganalisis Korean Investment & Securities, Suh Sung-moon.

Hyundai mula membuat trak muatan berat seperti Trago di China tahun lepas untuk pasaran tempatan, dan merancang untuk mula membina kenderaan ringan mereka iaitu H350 di Turki dalam bulan mac untuk memasukki Eropah Barat.  Isnin lalu, dikatakan mereka merancangan untuk menaikkan kapisiti produksi tahunan di Southwestern Korea, bandar Jeonju sebanyak 54 peratus kepada 100,000 kenderaan komersial hingga tahun 2020, dari jumlah yang ada sekarang iaitu 65,000.  Hyundai Motor Group, yang menjangkau puluhan syarikat termasuk pembuat bahagian auto, Hyundai Mobis Co., pada bulan Januari berkata mereka akan memperuntukkan #73 bilion dalam tempoh empat tahun.  Pengumuman dibuat selepas kerajaan meminta semua konglomerat untuk memperuntukkan lebih bagi membantu memulihkan ekonomi keempat terbesar di Asia itu.

Pengumuman terkini dari Hyundai juga dilihat sebagai sebahagian dari usaha untuk mengurangkan aduan pelabur tentang kurangnya penjelasan terhadap masa depan berikutan penglibatan pembikin auto dalam urusan perjanjian hartanah yang mahal pada tahun lepas, kata Suh.

Hyundai-Veloster

Previous post

Lagu Pandu Pilihan Gohed Gostan Hari Ini – Fatboy Slim – ‘Weapon Of Choice’

Next post

Rolls Royce SUV Kini Telah Disahkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *