Hyundai Sonata 2.0 MPi Dual CVVT Executive Baharu
Satu perkataan … surprised.
Tak sangka saya boleh terhibur dan seronok dengan kereta ini. Sebelum ini saya hanya sukakan rekaannya yang agak cantik untuk sebuah kereta Korea. Dan terus terang saya bagi tau dan saya percaya ramai setuju, sebelum ini rekaan Sonata adalah satu rekaan yang boring. Wayang barat pun tak bagi peluang. Mereka pun turut mempersendakan kereta Hyundai seperti video yang tertera tetapi Sonatalah yang mengubah penglihatan kita terhadap Hyundai. Selepas Sonata, model Hyundai yang lain juga mengikut hala tuju rekaan Sonata seperti Tuscan, Santa Fe dan Elantra. Lawa lawa belaka. Paling cun, Veloster. Gempak habis. Tapi itu semua kita cerita lain hari. Hari ini cerita Sonata.
Yang saya dapat uji pandu ialah model terbaru mereka. Pejam celik, kita dah sampai ke generasi yang ketujuh dan, tiga fasa evolusi. Bukan dua atau tiga, dah tujuh generasi you. Siaran media mereka banyak menyebut pasal berbagai falsafah yang digunapakai.
Luaran
Penampilan yang bergaya. Mempunyai garisan-garisan yang begitu licik. Mereka namakan falsafah rekaan ini “Fluidic Sculpture 2.0”. Sekali pandang kelihatan seperti sebuah kereta coupe yang laju. Setanding dengan kereta kereta mewah masa kini. Pemegang pintunya ada lampu. Muncung paip ekzosnya bukan bulat tapi mengikut garisan bumpernya. Boot belakangnya boleh dibuka secara automatik. Hanya perlu dekati boot dan ianya akan terbuka sendiri. Lampu selekoh aktif. Cermin tepi luar yang lipat tutup secara automatik. Tayar aloi 18 inci.
Dalaman
Ciri-ciri yang dianggap mesti ada masa kini, kunci pintar, butang “start stop” dan “rear view camera”. Ciri-ciri yang luar biasa, ventilasi penghawa dingin untuk kerusi belakang, Kerusi belakang yang boleh dilipat habis membuka ruang yang besar untuk boot belakang. Ruang kaki yang paling luas dalam kelasnya. Perakam video keselamatan untuk merakam perjalanan anda. Bumbung panorama.
Prestasi
Inilah yang paling menakjubkan bagi saya. Untuk kereta bersaiz sebegini saya menjangka yang kereta ini adalah ‘under powered’ kerana enjinnya hanya 2000 cc. Tidak sama sekali. Enjinnya adalah enjin Nu 2.0 MPi Gasoline. Powernya 154 ps. Torknya 194 nm. Ianya lebih pada cukup. Pemanduan lebuhraya senyap, licin dan laju. Pemanduan dijalan-jalan persekutuan amat menyakinkan. Senang sekali memotong kenderaan-kenderaan perlahan. Tiada masalah. Tidak hairanlah kenapa Sonata ini telah diuji di litar Nürburgring. Juga terdapat “hillstart assists” untuk membantu anda berhenti dan meneruskan perjalanan tanpa menggelonsor ke belakang dicerun bukit.
Warna
6 pilihan warna: Ice White, Platinum Silver, Polished Metal, Remington Red, Phantom Black dan yang dipandu uji disini, Dark Horse.
Harga
Atas jalan dengan insuran: RM 158,068.60
Ketahui lebih lanjut mengenai Hyundai Sonata yang terkini di
www.facebook.com/pages/Hyundai-Malaysia
No Comment